Seksanya Menanggung Rindu...

Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu



Pernah tak korang rasa rindu dekat seseorang tapi tak tahu nak buat apa. Rindu ada macam-macam jenis rindu. Ada yang rindu pada mak ayah di kampung, ada yang rindu pada kekasih yang jauh di perantauan. Ibu bapa yang rindukan anak-anak yang tak balik-balik menjengah ke kampung. Rindu pada arwah yang telah pergi. Seksa betul menanggung rindu kadang-kadang. Kalau dah terlalu rindu kadang-kadang boleh jadi angau...kalau rindu dekat mak boleh call kalau mak ada lagi...kalau rindu kekasih yang jauh di mata boleh sms, wassup atau call...rindu pada yang telah pergi mengadap ilahi, hanya doa saja pengubat rindu.



Tapi macamana pula kalau rindu pada orang yang kita tak tahu di mana. Hidup ataupun mati...aku tak dapat imagine macamana perasaan ibu bapa yang kehilangan anak kerana anak diculik atau lari dari rumah. Takde yang paling seksa dari merindui seseorang yang kau tak tahu status kehidupan diaorang...Allah berilah kekuatan pada mereka sebab orang lain takkan faham bagaimana seksanya.



Dah tiga tahun aku kehilangan dia....sebak dada aku bila teringat kan dia...Orang tak faham...Kalau aku cerita orang rasa tak berat masalah aku sebab dia yang aku rindui cuma seekor kucing tapi rindu adalah rindu, seksanya sama tak kiralah dia binatang ke orang. Kau rindu sebab kau sayang...sayang besar maksudnya. Dia datang dari hati..rindu pun datang dari hati..kita tak boleh nak paksa dia pergi..lebih-lebih lagi kehilangan dia kerana salah kita sendiri...



Kiki hanyalah kucing kampung, dahla kucing kampung yang tak berbaka, gelap gelita pulak tu...Aku jumpa Kiki masa dia berusia sebulan setengah di tepi jalan. Mula-mula aku tanak bawak dia balik sebab aku tak pernah terfikir sesuai untuk bela kucing dalam rumah pangsa. Tapi anak-anak merayu minta aku bawak balik juga sebab kesian dia sekor-sekor kat tengah jalan. Kiki adalah kucing pertama aku bawak balik dan bela. Mula-mula aku agak risau sebab dia kucing hitam..aku baca banyak cerita-cerita dongeng pasal kucing hitam. Suspen jugak mengenangkan aku kena duduk berdua dengan dia bila suami pergi kerja dan anak-anak ke sekolah.




Tapi semua dongeng tu karut..orang kata kucing hitam bawak sial, jelmaan dan macam-macam lagi tapi bagi aku Kiki bawak luck dan happiness untuk aku. Sejak aku bawak balik Kiki kerap pulak aku terjumpa lagi kucing-kucing lain. Semuanya aku bawak balik, rawat dan bela. Luck sebab aku fikir kerana Kiki aku dapat juga buat pahala. Selama ni aku tak pernah terfikir nak buat random act of kindness macam ni. Kikilah pencetusnya. Kucing-kucing lain yang aku jumpa semuanya lagi comel dari Kiki...yang bulu panjang ada..yang calico ..macam-macam jenis pun ada...tapi Kiki lain...aku selalu panggil dia anak bongsu..Aku dah anggap dia macam anak bongsu aku.


Apabila Kiki dah berusia setahun lebih, aku tengok Kiki cenderung betul nak keluar. Dia macam dah tak happy hidup terkurung dalam rumah. Tiap-tiap pagi, tiap kali buka pintu untuk anak ke sekolah aku mesti kena cari dan kejar dia sebab dia berlari dan menyorok di luar. Sampai letih aku memujuk kadang-kadang tu. Dia menyorok pulak tempat susah-susah untuk aku capai. Bawah bumbunglah..atas bumbunglah..bawak kereta lah..Lupa nak bagitahu kucing-kucing aku dah mencecah 30 ekor lebih semasa tu. Semuanya aku vaksin. Makan super premium. Banyak duit aku keluarkan untuk membesarkan diaorang.


Masa tu aku dah mula buka adoption..aku bawak balik anak-anak kucing yang sakit, aku rawat dan aku bukakan adoption di facebook. Aku join page-page dan group-group cat lover di facebook . Masa tulah aku kenal seorang rescuer kucing persendirian. Aku tengok dia okay, sama je macam aku suka rescue kucing. Dia pun bagitau aku dia dah dapat tempat lagi besar. Rumah kampung sebijik. Laman luas. Aku tengok fun je kucing-kucing belaan dia duduk di sana. Dia sendiri bagi green light supaya aku hantar kucing-kucing yang aku rescue ke rumah dia.

Kebetulan aku baru je rescue 10 ekor anak-anak kucing yatim piatu dan sangkar di rumah pun penuh. Aku bawak diaorang pergi hantar ke rumah rescuer tu. Aku pun jatuh cinta dengan rumah tu sebab memang luas. Laman pun besar padang bola. Macam tempat fantasi. Rama-rama terbang ke sana ke mari. Aku tengok tempat ni sesuai betul untuk Kiki. Kiki mesti happy kalau dapat duduk sini aku fikir. Sebab itu yang Kiki nak...Kiki nak bebas bermain dan berlari di luar.

Akhirnya berbekalkan kata-kata " Love is when the other person's happiness is more important than your own." Aku terfikir untuk beri apa yang Kiki nak. Aku tak nak paksa Kiki kalau dia tak happy. Aku nak bagi Kiki happy. Aku nak Kiki bebas berlari ke sana ke mari seperti yang dia nak. Akupun berbincang dengan kawan aku tu. Aku katakan "ini bukan kucing rescue tau dik, ini anak akak. Akak nak test dia duduk sini seminggu. Kalau dia happy akak biarkan dia di sini , akak support makan minum dia, akak datang melawat sebulan sekali dan kalau dia tak happy dalam masa seminggu tu akak bawak dia balik ".  Aku bawak Kiki dan 5,6 ekor kawan-kawan Kiki di rumah ini untuk teman kan Kiki. Aku bawak 2,3 guni makanan kucing serta aku bekalkan lagi duit beberapa ratus kepada kawan aku tu dengan harapan dia akan jaga Kiki dan Kiki akan happy. Aku janji lagi aku akan tolong tiap-tiap bulan. Apalah sangat seratus dua tiap-tiap bulan, janji Kiki happy dan aku dapat pahala sedekah pada kucing-kucing lain. 


Aku bukan lepas tangan. Di rumah ni ada lagi kucing-kucing kecil yang perlukan perhatian. Rumah aku terlalu kecil dan sangkar-sangkar tengah penuh masa tu. Malamnya aku message dia tanya Kiki ok ke? dia kata ok. Kiki happy sangat main kejar burung katanya. 2,3 hari lagi aku message lagi minta tengok gambar sebab nak sangat tengok Kiki happy berlari. Dia kata telefon dia camera tak cantik. Minggu tu aku kata nak pergi sana nak buat kenduri ikan bakar untuk kucing. Dia kata tak payah dia selalu buat. Aku paksa dia kasi gambar Kiki. Dia kasi tapi gambar kucing lain. Hitam memang sama hitam tapi aku kenal anak aku punya muka. Aku kata bukan ini. Aku tunjuk gambar Kiki. Seingat aku berpuluh kali aku cerita dekat dia pasal Kiki. Dia macam tak kenal dan tak tahu siapa Kiki :'( .

Akhirnya belum sampai seminggu dia kata Kiki dah hilang dari rumah. Katanya Kiki dah jadi kucing liar. Dah tak makan di rumah dan cuma makan anak ayam hutan. Dan dah tak balik. Susahnya aku nak terima hakikat tu. Kiki hidup dia cuma makan biskut dan ayam rebus sekali sekala. Pernah ayam goreng terjatuh atas lantai, dia cium-cium dia belah je. Pernah bontot ayam belum masak jatuh depan muka dia di dapur, dia gigit pun tidak. Susah aku nak terima kenyataan ini. Kiki dah duduk dalam hutan? Jadi sakai sebab seronok sekali katanya...Aku kata tolong lah cari aku nak bawak balik, aku sanggup bagi duit kalau dia jumpa. Dia kata Kiki dah happy duduk di ladang kambing pulak. 

Lepas bermacam-macam alasan dan kata-kata tak masuk akal dia bagi pada aku, aku redha. Kiki memang dah hilang!! Salah aku!!! Sebulan lepas tu dia message aku kata dia kena pindah sebab tuan rumah dia nak ambil balik rumah. Kucing-kucing aku semua dah di adopt katanya. Aku tanya Kiki pulak macamana? Dia kata Kiki dah duduk ladang kambing. Susahnya aku nak terima. Dan susah jugak aku nak percaya. Aku tak percaya jugak kucing-kucing aku yang lain ok sebab bila dia pos gambar-gambar kucing dia...cuma 2 ekor je kucing yang aku kenal ada di situ. Itupun kucing-kucing yang aku baru rescue aku hantar ke sana. Bukan batch Kiki yang aku bela dari kecil sampai ke besar yang aku hantar bertujuan untuk kebahagiaan mereka, kononnya.

Terukkan aku? Sampai sekarang aku tak boleh tengok kucing hitam. Aku rindu sangat dekat Kiki. Masa aku menaip ni pun air mata aku tak berhenti turun. Aku tak tahu nak buat macamana. Tempat tu jauh. dekat kampung yang aku tak familiar pulak tu. Aku tak dapat bayangkan Kiki kurus, Kiki sakit...Kiki jadi kucing kurap...ahh aku tak boleh bayangkan...Kat rumah ni kucing gemuk-gemuk belaka..Kenapa aku buat Kiki macam tu. Kiki kat tempat asing. Aku tak tahu apa nasib dia...Betul-betul ibarat anak sendiri hilang. Kadang-kadang dek kerana terlalu rindu aku rasa nak hantuk kepala aku ke dinding sebab aku tatau macamana keadaan dia. Aku tak maafkan diri aku. Dah 3 tahun aku masih sama. Tak pernah sekali pun aku lupakan Kiki. Kalau aku tahu dia dah takde mungkin aku lega sikit tapi aku tak dapat bayangkan Kiki disepak orang jahat ke atau dibuli oleh budak-budak yang bencikan kucing. Aku tak dapat bayangkan Kiki ketakutan.. Aghh seksanya bila tak dapat melupakan..

Aku katakan pada kawan aku tu aku tak boleh nak pm dia lagi. Bila aku pm dia aku teringatkan Kiki dan aku takde perasaan langsung nak hantar duit tiap-tiap bulan pada dia lagi. Aku tahu kadang-kadang pos dia di facebook ada ditujukan untuk aku. Tak habis-habis dia pm aku pasal kucing aku sekor tinggal dan tentang dia takde duit nak beli makanan. Aku tak ambil tahu dan aku tak nak ambil tahu. Lantaklah dia nak perli apa..dia nak kutuk apa dekat aku. Dia tak faham perasaan aku. Aku  dah kata beribu kali itu anak aku. Takkan dia tak boleh nak handle anak aku? Aku bukan pergi kosong. Aku bagi dia duit, banyak bukan sikit. Tak nyusahkan diapun kalau dia dengar cakap aku suruh jaga Kiki. Aku cuma nak letak Kiki seminggu je nak test. Sampai hatimu dik....





Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali.....

Maafkan mama, Kiki, Mama rindu  sangat....Allah tolong pelihara Kiki yer? Hanya Kau tempat aku memohon. Pelihara Kiki Ya Allah!  Temukan dia dengan orang yang baik-baik. Murahkan rezeki dia yang Allah! Pelihara dia dari kekejaman manusia dan pelihara dia dari sebarang penyakit. Pelihara Kiki Ya Allah. 
Ampunkan dosaku....

Dikuasakan oleh Blogger.