Mereka Ini Mengumpul Duit Yang Banyak Hanya Dengan Bermain Video Games.
Biasanya, bila kita mendengar kata "gamer", kita membayangkan seorang ulat buku, budak anti sosial yang duduk di depan komputer bermain video games sepanjang hari. Acapkali pula kita ternampak posting-posting yang dikongsikan di you tube atau facebook, ayah yang membelasah anaknya kerana asyik bermain games di cyber cafe. Ibu bapa memang cukup risau kalau anak-anak hanya membuang waktu bermain games dan berharap anak mereka akan lebih rajin belajar dan mengulangkaji pelajaran demi masa depan mereka. Harapan mereka supaya anak-anak mereka akan menjadi insan yang terpelajar dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.
Lain ceritanya di zaman siber ini di mana, anak-anak muda ini giat mengaut keuntungan dengan cara bermain video games di mana pendapatan mereka jauh lebih banyak dari mereka yang makan gaji. Mari kita lihat kisah 10 anak muda yang menjadi kaya hanya dengan bermain video games.
#10. Filip “neo” Kubski (Counter-Strike: Global Offensive)
Filip Kubski yang berasal dari Poland ini telah bertanding dan menang lebih 137 perlawanan. Hasil kemenangannya setakat ini adalah berjumlah RM1,179,740.48
#9. Damon “Karma” Barlow (Call of Duty)
Damon "Karma" Barlow berasal dari Kanada dan seorang pemain Call of Duty yang profesional. Pemuda kacak yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan ini mengumpul wang kemenangan berjumlah RM1,243,289.97 dari beberapa pertandingan Call of Duty bertaraf dunia.
#8. Patrik “f0rest” Lindberg (Counter-Strike)
Berasal dari Sweden dan merupakan salah seorang pemain Counter Strike dunia. beliau mengumpul wang hasil dari pertandingan Counter Strikenya berjumlah kira-kira RM1.5 juta.
#7. Johnathan “Fatal1ty” Wendel (Quake, Unreal Tournament, and Painkiller)
Fatal1ty " adalah antara di 100 pemain video games yang paling berjaya. Jumlah kemenangannya setakat ini adalah berjumlah kira-kira rm1.9 juta.
#6. Jang “Moon” Jae Ho ( Warcraft III )
Berasal dari Korea Selatan beliau merupakan seorang gamer profesional. Jumlah wang terkumpul semenjak penglibatannya dalam pertandingan warcratf telah terkumpul sebanyak rm1.9 juta.
#5. Lee “Faker” Sang Hyeok (League of Legends)
Pemain berasal dari Korea Selatan ini mencacat kemenangan peribadi berjumlah rm1.95 juta setakat ini.
#4. Jang “MC” Min Chul (Starcraft II)
Pemuda berasal dari Korea Selatan ini menggunakan hasil dari kemenangannya yang berjumlah kira-kira rm2 juta untuk membeli rumah dan kereta untuk ibu bapanya dan berhasrat untuk membeli Audi R8 untuk dirinya sekiranya menang lagi pada pertandingan akan datang.
#3. Lee “Jaedong” Jae Dong (Starcraft: Brood War)
Pemain yang juga berasal dari Korea Selatan in mengumpul kemenangan sebanyak rm2.5 juta dalam pertandingan Starcraft dan memenangi anugerah Rookie-of-the-Year award di Korea dan menduduki tempat pertama di carta Brood War Korea selama 16 bulan berturut-turut.
#2. Carlos “Ocelote” Rodríguez Santiago (World of Warcraft)
Pemain berusia 25 tahun dan berasal dari Spain ini mengumpul kemenangan bermain World of Warcraft berjumlah RM3.7 juta setakat ini.
#1. Peter “ppd” Dager (Dota 2)
Pemain berasal dari Amerika in mempelopori carta dengan kemenangan terkumpul sebanyak Rm8 juta hanya dengan bermain Dota 2.
Wow..gilakan? siapa sangka hanya kerana cekap bermain video games, mereka-mereka ini boleh mengumpul wang kemenangan sebegini banyak sekali.
sumber gambar : google image
Leave a Comment