Sebab Dan Cara Mengatasi Masalah Kemaluan/Faraj Berbau Bagi Wanita.


Bagi wanita vagina adalah bahagian penting untuk kita jaga. Tiada gunanya wajah yang cantik dan glowing kalau vagina berbau. Tiada guna kekayaan berlimpah kalau bahagian keintiman kita berbau hanyir ikan. Keadaan vagina berbau bukan saja membuat kita hilang konfiden untuk berhadapan dan bercampur dengan orang ramai bahkan ianya boleh mengundang stress pada diri kita. Mari cari solusi bagaimana cara untuk menghindar dan menghilangkannya. Jangan sampai suami atau orang lain yang memberitahu yang kita punya berbau. Malu seyyy!! Masalah Bau faraj boleh menganggu hidup kita dan sangat memalukan, justeru itu ianya haruslah dirawat dengan segera.

Salah satu penyebab faraj berbau adalah keputihan. Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya. Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.” Katanya.

Jangkitan kulat seperti ‘Candida Albicans’ selalu membiak di kawasan faraj. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.

Penyakit radang pelvik, jangkitan kelamin, pengambilan makanan manis yang terlalu banyak juga mengundang kepada masalah faraj berbau. Selain dari itu memakai pakaian dalam yang terlalu ketat dan mengendahkan kebersihan juga menjadi punca permasalahan ini.

Selain dari bertemu doktor pakar puan dengan segera di sini saya ada senaraikan cara-cara alami yang boleh dibuat di sendiri di rumah untuk mengatasi masalah ini.

1. Minum air 8 hingga 10 gelas sehari kerana air boleh membuang toksin dan bakteria dalam badan secara semulajadi. Gula adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan bau faraj. Dengan meminum air yang banyak dapat membantu untuk membersihkan gula yang berlebihan dari badan.

2. Tea Tree Oil merupakan salah satu herba anti kulat dan anti bakteria yang terbaik. Campurkan 2 sudu bear tea tree oil bersama sedikit air. kemudian rendamkan pad atau apa-apa kain kecil yang sesuai. Letakkan ke bahagian kemaluan anda beberapa minit sebelum anda mandi.

3. Memakan Yogurt. Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke normal.

4. Makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

5. Sirih dan manjakani. Rebus beberapa helai daun sirih dan beberapa biji manjakani. Rebus kedua-duanya hingga mengelegak. Kemudian letakkan dalam baldi dan duduk di atas baldi itu. Ala-ala bertangas dengan stim. InsyaAllah berkesan. Air lebihan itu boleh dibuat air cucian bahagian kemaluan. Selain dari menghilangkan gatal dan segala jenis penyakit faraj ianya juga boleh mengetatkan bahagian keintiman.

6.Titik beratkan soal kebersihan semasa hubungan kelamin. Benda ni nampak remeh tapi mengambil peranan penting dalam penyebab jangkitan bakteria. Selain dari anda rajin mencuci dan sentiasa menukar pad atau tampon anda ketika period. Suami atau pasangan anda juga wajib mencuci sebelum hubungan intim. Termasuklah memastikan yang dia telah berkumur atau mengosok giginya  jika kamu berdua suka melakukan oral sebelum hubungan intim. Ini penting kerana bahagian keintiman kita di dalam. Lelaki kadang-kadang hanya tahu menyalahkan kita kalau terjadi apa-apa, kadang-kadang mereka sendiri tidak begitu mencuci sebelum mendekati kita. Kita yang seharusnya peka kerana ini membabitkan "harta" kita sendiri. Ini penting, OK?

7. Cuka Apple Vinegar. Mandi rendaman cuka apple vinegar juga boleh membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

8. Baking Soda. Mandi rendaman baking soda juga dapat membantu dalam permasalahan faraj berbau. Ianya juga membuatkan kulit anda lebih lembut dan gebu.

9. Elakkan mengguna sabun mandi untuk mencuci faraj. Gunakan sabun khas pencuci faraj yang tidak ada pewangi.

10.Jika anda memakai tampon, tukarlah tampon itu paling kurang 4 jam setiap kali. Jika anda memakai pad , pastikan ianya ditukar selalu. Dan kalau boleh gunalah seluar dalam dari kain cotton.

Sekian saja. Semoga masalah bau faraj anda selesai. 

Dikuasakan oleh Blogger.