Jenayah | (Update Info dan Video) 4 Mayat Dengan Tangan Terikat Ditemui Dalam Semak


4 mayat lelaki dijumpai di Tanjung Hilir jalan Bekelam ke Padang Bua dalam keadaan tangan di ikat. Keadaan mayat telah reput. Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian. Ada berita terbaru nanti kitorang update.

Update 1:

Terkini: Polis sahkan 4 mayat ditemui akibat dibunuh.
 

BACHOK: Polis mengesahkan kesemua empat mayat yang ditemui petang tadi di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, akibat dibunuh

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr.Ab Rahman Ismail, berkata mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dibunuh menggunakan modus operandi sama iaitu muka ditekup dengan plastik dan setiap mangsa mempunyai dua kesan tikaman di perut dan dada.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat mereka dicampak ke lokasi berkenaan memandangkan kawasan berkenaan sunyi.

"Berdasarkan mayat mangsa, kesemua mereka dipercayai dibunuh sejak tiga hari lalu dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian kejam itu dilakukan sekumpulan suspek. 

"Setakat ini, jantina dan warganegara belum dapat disahkan lagi dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam. 

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media. 

Ab Rahman berkata, gerakan memburu suspek akan diperhebatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis. 

Terdahulu, mayat mangsa ditemui jam 6.35 petang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.


Update 2:  

Dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok petang semalam disahkan warga Myanmar.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dikenal pasti oleh rakannya menerusi tatu manakala dua lagi mangsa sedang dalam pemeriksaan
Katanya, semua mangsa adalah lelaki.
"Kita percaya kes ini mempunyai kaitan dengan empat warga Myanmar dilarikan pada 25 Oktober lalu di rumah mereka di Tunjung oleh sembilan suspek dipercayai warga Indonesia.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada pembalahan agama dan siasatan lanjut masih dijalankan dengan bantuan polis dari Bukit Aman," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
.




P/S: Rasa macam duduk kat Mexico pulak
Dikuasakan oleh Blogger.