Petua | Daun Ceri Penurun Gula Dalam Darah

Kalau ikut wikipedia nama tumbuhan ini ialah Kerukup Siam atau Ceri Kampung. Dulu-dulu admin pun tak tau khasiat daun ceri ni. Yang admin tau buahnya boleh dimakan. Masa kecil dulu admin suka kutip buah ceri yang masak ranum warna merah. Rasanya manis.

Pokok ini banyak tumbuh meliar. Setakat ini belum pernah lagi admin jumpa orang sesaja tanam pokok ceri untuk hiasan ke atau apa-apa tujuan lain. Yang pastinya pokok ni kalau tumbuh memang pembesarannya pantas. Kalau tumbuh belakang rumah dan kita biarkan, sekejap aje pokok ini dah merimbun.

Ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu. Daun ceri sangat berkesan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Caranya ialah dengan mengambil daun ceri tersebut kemudian rebus dengan air yang banyak dan renehkan sehingga airnya tinggal satu pertiga atau separuh. Minum air rebusan ini seperti anda minum teh waktu pagi dan petang.

Jika tahap gula dalam darah anda tinggi anda boleh minum lebih banyak air rebusan daun ceri tersebut, mungkin dalam 3 ke 4 gelas sehari kemudian kurangkan secara bertahap. Jika minggu pertama anda minum dalam 4 gelas, minggu kedua anda kurangkan pengambilan kepada 3 gelas. Selalulah periksa tahap gula dalam darah anda kerana air rebusan daun ceri sangat cepat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

Jika anda terus minum tanpa memeriksa kadar gula dalam darah anda dikhuatiri kadar gula dalam darah anda turun sehingga menjadi terlalu rendah. Kuantiti daun ceri bergantung kepada kepekatan "teh ceri" yang anda sanggup minum kerana makin pekat teh ini maka makin pahitlah ia tapi dari pengalaman admin untuk 6 liter air masukkanlah lebih kurang 200 ke 300 helai daun.

Petua untuk hilangkan rasa pahit pada lidah selepas minum air rebusan daun ceri ialah dengan makan oren sunkist. Rasa pahit pada lidah akan hilang serta merta. Tambahan pula pesakit kencing manis atau diabetes atau sesiapa yang mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darah sangat-sangat digalakkan makan apa saja buah jenis limau terutamanya limau Tambun atau Pomelo.






Dikuasakan oleh Blogger.