Gambar | Koleksi Artis Dengan "Kembar" Mereka. Mana Paling Seiras?

Kalau nak di ikutkan ramai artis malaysia ni ada wajah serias sama ada dengan artis luar negara atau orang awam. Tapi kebanyakkannya artis perempuan lah. Jom tengok artis kat bawah ni..yang mana paling seiras bagi korang.

#1. EMMA MAEMBONG dan SUFFILA AIDA

Foto Kredit oleh Says.Com

Suffila Aida adalah seorang model sambilan yang juga penuntut di UiTM Kedah. Comelkan! Dua-dua ada keunikan mereka sendiri.

#2. NORA DANISH dan NAZIRA NAZRIN

 
Foto Kredit oleh Says.Com

Memang seiras kan Nora Danish dengan kembarnya Nazira Nazrin. Yang membezakan cuma Nora tak bertudung jer. Nazira merupakan penuntut jurusan Sains Komputer. 

#3. NEELOFA dan KYLIE FAUSTO VERZOSA

Foto Kredit oleh MyNewsHub

'Kembar' Neelofa ini ialah Kylie Fausto Verzosa yang merupakan guru pra-sekolah dan model. Pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Binibining Antarabangsa Filipina 2016.

#4. FATTAH AMIN dan DAYANA HASHIM

Foto Kredit oleh MyNewsHub

Dayana Hashim menjadi viral bila dikatakan Fattah Amin versi perempuan. Memang ada iraskan..cun pulak tu.. :)

#5. FAZURA dan NUR SYAZANA ROMLI


Foto Kredit oleh tv14.my

Nur Syazana Romli, 'kembar' Fazura yang comel dan ayu. Fazura sendiri telah memuatnaik komen di laman Instagram Syazana mengatakan Syazana lebih cantik darinya. Syazana menerima banyak tawaran menjadi duta produk dan model akibat popularitinya itu. 

#6. ZIZAN dan BARRY MANILOW

 

Penyanyi Barry Manilow di katakan mirip Zizan ketika Barry di usia mudanya. Tang hidung tu yang tak tahan tu...hehe.

#7. JOHAN AS'ARI dan AMIRUL ARIFF

Foto Kredit oleh MStar

Pelakon baru Amirul Ariff mengakui ramai pihak menyangka dia 'kembar' kepada Johan As'ari ekoran iras wajah mereka yang mempunyai persamaan.

#8.  JEP SEPAHTU dan Kembarnya

Jep Sepahtu dan kembarnya yang tidak di ketahui identitinya. Seiras juga lah kalau tengok betul-betul.

#9. MIRA FILZAH dan DIANA KORKUNOVA

Foto Kredit oleh Sensasi.org

'Kembar' si Mira Filzah ini bernama Diana Korkunova berasal dari Russia. Berumur 20 tahun dan seorang model.

#10. CHE TA dan Kembarnya.

Foto Kredit oleh Kamithemedia

'Kembar' Che Ta ini adalah katanya adalah seorang pelakon Filipina. Ada netizen mengatakan beliau berlakon dalam siri "Dangerous Love". Tak pasti pulak kesahihannya. Tapi rupa beliau agak sedikit berusia berbanding Che Ta.

P/S : Admin rasa yang paling natural seiras, kembar Fazura dan Fattah Amin.. Korang pulak, mana korang rasa yang paling seiras?

Dikuasakan oleh Blogger.