Kecantikkan | Petua Cantikkan Betis

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Ramai wanita menginginkan betis yang cantik dan seksi. Bak kata orang tua-tua betis bunting padi. Bentuk betis si gadis perlu terbentuk cantik dan pergelangan kaki pula ramping sehingga menampakkan kontra dari segi ukuran bahagian isi betis dan pergelangan kakinya. Katanya, betis yang besar menunjukkan si gadis malas bekerja. Pergelangan kaki yang ramping menunjukkan si gadis seorang yang rajin. Wallahua'lam.

Apapun betis yang cantik memang idaman setiap wanita. Betis yang cantik juga boleh menyumbang kerharmonian dalam hubungan suami isteri. Berikut adalah petua yang boleh di amalkan untuk mendapat betis yang cantik, halus dan gebu.

#1. MINYAK KELAPA


http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Sapu minyak kelapa pada betis sekurang-kurang dua kali sehari. Biarkan kering selama 30 minit. Lebih berkesan jika kita guna minyak kelapa yang di buat sendiri.

#2. HAMPAS KELAPA

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Hampas kelapa janganlah di buang. Ia boleh di jadikan scrub dengan menggosokan hampas kelapa tersebut ke betis kita sambil lakukan urutan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 10 minit. Amalkan 2-3 kali seminggu.

#3. LIMAU NIPIS

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Ambil limau nipis dan gosok pada betis sehingga kering. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air suam. 

#4. AIR BASUHAN BERAS

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Kulit sekitar betis yang kering dan bersisik boleh diatasi dengan menggunakan air basuhan beras. Gunakan air beras basuhan pertama dan basuhlah seluruh betis yang bersisik hingga rata. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian bilaslah dengan air biasa. Amalkan selalu.

#5. KACANG HIJAU

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Wanita seringkali mengalami masalah urat-urat timbul di kawasan betis dan sekitarnya. Untuk mengatasinya cubalah ikuti petua menggunakan kacang hijau. Ambil segenggam kacang hijau yang berish, rebus dengan air secukupnya hingga masak (jangan sampai kulitnya pecah dan airnya habis kering). Ambil segelas air rebusan kacang hijau itu dan makanlah bersama-sama dengan kacang itu. Amalkan dua kali sehari di waktu pagi dan malam, insya-Allah berkesan.

#6. PUTIH TELUR

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/kecantikkan-petua-cantikkan-betis.html

Lutut juga termasuk bahagian penyambung betis. Bahagian lutut juga sering terjadi masalah kulit berkedut. Cuba kita atasi masalah ini dengan petua menggunakan putih telur ini. Pecahkan sebiji telur ayam, ambil putihnya sahaja dan campurkan dengan satu sudu besar madu. Pukul rata. Sapukan campuran tadi di  lutut anda pada waktu malam. Biarkan semalamam. Cuci pada keesokan harinya.

Jom cuba amalkan petua diatas. InsyaAllah, boleh membantu.

SELAMAT MENCUBA!!

Dikuasakan oleh Blogger.