Cerita Lawak Anak Beranak


DAH KENA...

Seorang ibu mahu mengundurkan kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ya!”

“Ok!” kata anak dia.

Si ibu pun undurkan keretanya.

“Lagi mak, undur lagi…” kata anak dia.

“Lagi…lagi…” kata anaknya.

Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang.

Anak dia pun menjerit” Ok! mak, dah kena!” 

DIALOG IBU DAN ANAK

“Ibu, kenapa rambut ibu setiap hari bertukar putih,” tanya si anak.

Dengan niat untuk mendidik anaknya menjadi bertambah baik, si ibu pun menjawab begini:

“Ini semua kerana kamu, sayang. Setiap kali kamu nakal, setiap kali itulah sehelai lagi rambut ibu akan bertukar putih”.

“Sekarang baru saya tahu kenapa nenek hanya ada rambut putih sahaja di atas kepalanya,” kata si anak.


MARKAH 100%

Adik: Mama, hari ini adik dapat markah 100% di sekolah.

Mama: Ya, ke?? Macam ni baru lah anak Mama. Mama tahu anak Mama memang pintar. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100% tu?

Adik: Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%. 

AMBIK KESEMPATAN

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah.

Anak: Tapi ayah, saya sudah ada pilihan saya sendiri.

Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates.

Anak: Ooo… Kalau camtu, oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill Gates.

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda.

Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin.

Bapa: Tapi anak muda ni bakal Naib Presiden Bank Dunia.

Bill Gates: Ooo… Kalau camtu, oklah!

Akhirnya bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia.

Bapa: Saya ada calon untuk Naib Presiden Bank Dunia.

Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Naib Presiden.

Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates.

Presiden Bank Dunia: Ooo… Kalau camtu, oklah!

Hohoho, this is how business is done!!


7 KETURUNAN

Si Anak mendapat tahu dahulunya keluarga mereka terdiri daripada keturunan orang yang kaya-raya. Untuk mendapatkan kepastian, dia lalu bertanyakan hal tersebut kepada ibunya.

Anak: Bu, betul ker dulu kita berasal dari keturunan yang kaya-raya?

Ibu: Ya, betul. Dulu keturunan kita berasal dari keluarga yang sangat kaya-raya dan kekayaan harta keluarga kita tidak akan habis-habis sampai tujuh keturunan.

Anak: Tapi, sekarang kenapa keluarga kita miskin sangat bu?

Ibu: Kerana kita ini keturunan yang ke lapan...

 

Sumber : 1001lawak.blogspot.my

Dikuasakan oleh Blogger.