Anda Ada Jerawat? Jangan Risau Kerana Itu Merupakan Ciri-Ciri Orang Yang Panjang Umur

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/anda-ada-jerawat-jangan-risau-kerana.html

Anda malu dengan muka berjerawat? Memang jerawat boleh buat anda stress dan tertekan kerana anda cemburu dengan rakan-rakan lain yang berkulit bersih. Tapi jangan terkejut, menurut kajian oleh King College, London orang yang mempunyai jerawat adalah ciri-ciri orang yang akan hidup lebih lama. Wahh..bertuahnya!!

Mengikut kajian mereka, penghidap jerawat mempunyai telomeres yang lebih panjang dalam sel-sel darah putih. Telomeres adalah struktur kompaun pada akhir kromosom dan ia memberi kesan bagaimana  sel-sel menjadi tua dan mati. Apabila kita semakin tua, telomeres secara beransur-ansur mengecut dan menjadi semakin pendek. 

Jadi, sebagai penghidap jerawat yang mempunyai telemores yang panjang,  ia mengambil masa lebih lama untuk sel-sel mereka menjadi matang. Jika sel-sel dalam badan dapat hidup lebih lama, secara tidak langsung kita akan hidup lebih lama. 

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/anda-ada-jerawat-jangan-risau-kerana.html

Salah satu pengkaji, Dr. Simone Ribero berkata, "Selama bertahun-tahun, ahli dermatologis telah mengenal pasti bahawa kulit penghidap jerawat mengalami proses penuaan yang lebih perlahan berbanding mereka yang tidak mengalami sebarang jerawat pada kulit mereka.

Ini bererti mereka yang mempunyai jerawat (dan telomeres yang panjang) mempunyai sel-sel yang hidup lebih lama, memberikan mereka jangka hayat yang lebih lama.

Walaupun jerawat sering di kaitkan dengan faktor hormon, kebersihan kulit, makanan, persekitaran dan umur tetapi kajian di atas sedikit sebanyak membuktikan bahawa orang yang memiliki jerawat mempunyai kebarangkalian yang besar untuk panjang umur. Jadi jangan susah hati ya jika masalah jerawat menghantui anda, ia boleh dicegah, di kawal dan di sembuhkan dengan cara yang betul. 

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/anda-ada-jerawat-jangan-risau-kerana.html
  
Banyak petua-petua tradisional yang boleh di amalkan tidak lupa juga perubatan moden yang juga boleh membantu menyembuhkan masalah jerawat. Tinggalkan makanan berminyak, makan sayur-sayuran, buah-buahan serta minum air secukupnya. Kebersihan diri perlu di utamakan di samping keadaan persekitaran yang bersih juga perlu dititikberatkan. 

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda merasakan anda alergi terhadap sesuatu makanan atau unsur lain. Segera berbincang dengan doktor anda dan dapatkan rawatan yang betul.
Dikuasakan oleh Blogger.