3 Wasiat Buat Pencinta Rasulullah SAW
(قل بفضل الله و برحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون)“Katakanlah (Wahai Muhammad); dengan kurniaan dan RAHMATNYA, hendaklah mereka bergembira, Maka itu lebih baik dari apa sahaja yang mereka kumpulkan”
Berkata sebahagian Ahli Tafsir;
“Rahmat” yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah Rasulullah SAW . Bermakna:
“Hendaklah mereka bergembira dengan kehadiran Rasulullah SAW di dalam kehidupan ini"
Maka sekurang-kurangnya
lakukanlah tiga perkara berikut sebagai tanda gembira akan kehadiran Rasulullah
SAW walaupun jauh sekali jika dibandingkan dengan para sahabat meluahkan rasa
cinta mereka.
#1 – Perbanyakkan Selawat
Berkata Syeikh As Sakhawi dalam Kitab Qoulil Badi:-Rasulullah SAW bersabda:"Paling kurang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam seharian ialah 300 kali"
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه
عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَات
Sabda Nabi SAW:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah Taala akan berselawat (menurunkan rahmat) baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)”
الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut tentang-ku mereka tidak berselawat ke atasku”(Sahih Tirmizi)
#2 – Sunnah Rasulullah SAW
Kalau bukan kita yang hidupkan sunnah Rasulullah SAW maka siapa lagi ?
Hidupkanlah Sunnah Nabi Muhammad SAW dengan penuh rasa keagungan, rasa
rindu dan kasih. Makan minum, keluar masuk bilik air, Solat lima waktu
dan sebagainya. Bukalah Kitab Syamail Muhammadiah untuk mengenali
sunnah-sunnah tersebut.
#3 – Khidmat Untuk Ummat Nabi Muhammad SAW
Ummat Rasulullah SAW adalah umum; Muslim dan juga Kafir. Harus
bermuamalah dengan mereka dengan cara Rasulullah SAW bermuamalah
lebih-lebih lagi Muslim. Berkhidmatlah dengan mereka dengan perasaan
bahawa engkau menjadi wakil Nabi Muhammad SAW dalam khidmatmu itu supaya
tidak akan engkau pancarkan akhlakmu melainkan akhlak Nabi Muhammad
SAW.
Tidak akan terpancar melainkan kasih sayang Nabi Muhammad SAW. Di
sana nanti akan terpancar rahsia kenabian dalam berdakwah. Semoga
sedikit sebanyak usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
di dunia ini dengan niat agar supaya Allah Taala mendekatkan kita
dengan Baginda SAW di sana nanti InsyaAllah. Amin.
Artikel oleh Ustaz Iqbal Zain | Tazkirah.net
Leave a Comment