Bertuah ke jadi perempuan cantik?
Setiap dari kita mesti ada 1 atau 2 orang kawan yang dilahirkan cantik jelita. Hidung mancung terletak, pipi bak pauh dilayang, bibir bak delima merkah, body gojes, gigi tersusun cantik, kulit wajah flawless, putih melepak-lepak yang mana kalau kita tengok dari luaran memang cukup perfect. Pernah tak terdetik di hati kita rasa iri hati terhadap mereka kerana perhatian dan pandangan orang semua tertuju kepada mereka.
Atau pernah tak kita rasa bertuahnya hidup mereka sebab dilahirkan cantik. Masa tu kita rasa hidup diaorang mesti bahagia, hubby mesti sayang dan diaorang mesti kawin dengan orang kaya. Mesti bahagia la kan, pasti tak ada masalah. Tapi betul ke?
Akak memang dah ditakdirkan agaknya, semasa bersekolah mesti berkawan rapat dengan perempuan-perempuan yang dilahirkan gojes sebegini. Tak payah cerita panjang lebar lah ya...akak skip pergi ke cerita utama, headline dia betul-betul bertuah ke jadi perempuan cantik? Semasa di sekolah menengah, akak ada seorang kawan rapat merangkap jiran, Ina nama dia. Famili dia keturunan lawa gamaknya. Mereka orang Banjar.
Adik beradik dia semua hensem-hensem dan lawa-lawa belaka. Kakak dia punya cun sampai orang Itali pinang duduk Itali sampai sekarang. Ina pula jangan cakaplah dari tingkatan 1 lagi semua mata lelaki dah tertumpu dekat dia. Seawal umur 18 orang dah pinang. Sayang gila laki dia dekat dia. Tapi takdirnya. Ina tak sihat macam orang lain...dia ada kanser...dia sempat berkahwin setahun dua je kemudian meninggal kerana sakit.

Point yang akak nak tunjukkan di sini ialah semua manusia ni tak kira lawa atau biasa-biasa aja, pasti ada dugaan hidup masing-masing. Macam arwah Ina, dia baik, walaupun cantik dia tak sombong, dia tak kaki berpesta, bersosial sana sini, hubby dia sayang gila dekat dia tapi Allah kasi dia dugaan penyakit kronik. Dan dia pergi menanggung sakit....
Kes kedua pulak...
10 tahun lepas akak ada terbaca kisah pengakuan dalam majalah, terlupa pula majalah apa, kisah seorang perempuan yang terlalu cantik sampai menderita kerana kecantikannya. Wanita ini oleh kerana terlalu cantik, seluruh kampung tergila-gilakannya. Selepas SPM ayahnya, seolah-olah menjual anak dan mengahwinkannya dengan kawan ayahnya.
Suaminya yang pada mulanya tergila-gilakannya itu hanya memakainya selama 3 bulan sahaja kemudian memaksanya melayani nafsu serakah kawan-kawan suaminya. Bermula dengan kawan, selepas tu kepada kawan ke atas kawan. Maklumlah orang lawa, pulangan untuk laki dia sangat masyuk gamaknya...akhirnya dia jadi pelacur sepenuh masa di hotel-hotel. Bukan dia tak cuba lari, malah dah banyak kali dia cuba, semuanya berakhir dengan dia dibelasah. Ada sekali tu sampai seminggu dia tak boleh bangun kerana dipukul semasa cubaan melarikan diri.
Semasa di dalam kesakitan dan tidak boleh bangunpun, suami dia tetap memaksanya melayan pelanggan-pelanggan. Lebih kurang gitulah ceritanya. Sedihkan? Percayalah lelaki, macamana lawapun perempuan tu, bila dia dah dapat, yang lawapun dah jadi tak lawa. Itulah hakikatnya. Kalau tak, takde lah korang tengok ada wanita-wanita lawa dan anggun menjadi janda.
Kes ketiga pula...
Semasa di U, teman sebilik akak adalah seorang wanita yang sangat anggun. Wajahnya seperti campuran pan asian. Walaupun keturunan Pakistan, wajah dia betul-betul macam minah salleh. Penampilan dia pula memang classy. Perfect dari atas ke bawah. Perangai dia pun memang ok, peramah, pandai buat lawak tapi garang sikitlah, ore kelate lah katakan. Dia garang dengan lelaki je. Lelaki tak boleh suka-suka nak mengorat dia.
Tapi sekeras-keras wanita akhirnya tumpas juga. Dia akhirnya jatuh ke tangan kasanova. Selawa-lawa dia pun, hubby dia sibuk buat hubungan sana-sini. Dan biasalah wanita yang susah jatuh cinta macam kawan akak ni, dia tabah dan tetap setia dengan suaminya.
Ada waktunya, perempuan-perempuan simpanan tu sampai mengetuk pintu rumah mencari suaminya. Pernah sekali suaminya buat hubungan dengan sepasang adik beradik sekaligus, menurut cerita kawan akak tu. Tapi dia setabah-tabah seorang perempun, setiap kali dia bercerita mesti dengan nada berseloroh, tak pernah sekalipun akak tengok dia menangis.
Kes keempat..
Seorang model Pakistan dibunuh oleh abangnya sendiri untuk menjaga maruah keluarga. Qandeel Baloch, gambar di atas, dibunuh oleh abangnya kerana dihasut oleh kawan-kawan abangnya yang mengatakan bahawa Qandeel telah mencemar nama keluarga, padahalnya wanita cantik ini menjadi model kerana ingin membantu keluarga. Keluarganya terlalu miskin sehingga tinggal di rumah yang berlantaikan lumpur dan Qandeel sendiri telah membantu abangnya itu untuk membuka perniagaan namun abangnya termakan hasutan rakan-rakan.

Korang google lah sendiri, banyak lagi kes-kes wanita cantik dirogol dan dibunuh dengan kejam kerana cinta tidak berbalas, ada yang dibakar kerana pinangan ditolak dan sebagainya. Kadang-kadang lahir terlalu cantik adalah satu sumpahan. Tak semuanya berbahagia seperti yang kita sangkakan. Selagi kita bernama manusia semuanya ada ujian hidup masing-masing.
Antara masalah perempuan cantik jelita :
#Susah dapat kawan perempuan.
Masyarakat sedari dulu lagi telah meletakkan standard kepada gadis lawa dan yang kurang lawa, sehingga wanita rasa perlu untuk bersaing sesama sendiri. Makanya kalau wanita itu terlalu lawa, mereka menjadi pesaing, jadi peluang untuk mendapat teman yang rapat dan betul-betul setia agak sukar bagi mereka.
#Menjadi mangsa cemburu, irihati dan dibenci oleh wanita lain.
Biarpun mereka baik, mereka tidak menganggu orang lain, mereka tidak pernah lari dari masalah dicemburui oleh sesetengah wanita lain. Kadangkala mereka dibenci tanpa bersebab.
#Terdapat banyak andaian negatif tentang wanita cantik.

Perempuan cantik kadangkala disalah erti sebagai perempuan jenis mudah dapat apa saja menggunakan kecantikkannya. Mereka juga dianggap sebagai sombong, materialistik dan sebagainya. Kadangkala usaha mereka tidak langsung dipandang, kejayaan mereka semua dikaitkan dengan kecantikan semata.
#Sering disalah tafsir.
Jika mereka berdiam diri, orang menganggap mereka sombong, jika mereka terlalu peramah, pasti ada yang terpikat.
#Orang tidak pandang pada kebolehannya yang lain.
Kadang-kadang perempuan cantik bukan sekadar cantik, Zaman sekarang ramai perempuan cantik berpelajaran tinggi dan mempunyai kemahiran serta bakat. Malangnya yang menarik perhatian orang cuma wajah cantiknya sedangkan pencapaiannya yang sebenar tidak mendapat perhatian sewajarnya. Kadang-kadang itu membawa kepada masalah stress dan depresi kepada wanita tersebut.
#Menjadi intipan pemangsa.
Wanita cantik umumnya memang menarik perhatian semua lelaki. Ada yang boleh menerima penolakan dengan baik, tetapi ada yang tidak. Yang tidak mungkin berakhir dengan menjadi pengintip kegiatan wanita tersebut. Ada yang mengintip sampai ke rumah, ada yang yang menganggu secara terang-terangan. Dan ada juga secret admire yang memandang dari jauh dan dekat.

Banyak lagi masalah menjadi perempuan cantik. Kadang-kadang hidup mereka kesunyian, lemas dan berasa tidak selamat kerana mereka sering menjadi perhatian dan jarangnya aman kerana sering diganggu. Selalunya mereka menjadi hilang jati diri kerana terlalu mencuba untuk memuaskan hati dan tidak melukakan hati orang sekeliling sehingga mereka menanggung tekanan sendirian.
Tidak semua wanita cantik itu baik, memang betul. Ada wanita cantik yang ego, sombong, dan menggunakan kecantikannya untuk keuntungan diri sendiri namun tidak semua wanita yang cantik itu sama. Kenali mereka dahulu sebelum mereka dihukum tanpa trial.
Leave a Comment