Kecil hati kerana orang tidak ingat hari jadi?


Lol tajuk dia kelakarkan?

Akak ada seorang kawan yang mengadu kepada akak yang dia dah tutup akaun Facebooknya kerana terlalu kecil hati dengan kawan-kawan yang lain kerana tiada siapa yang "wish" dia "Happy Birthday" semasa hari jarinya yang lalu.

Pernah tak korangpun terasa kecil hati kerana perkara ni?

Kalau korang rasa pernah, cuba korang tanya diri korang pernah tak korang ingat hari jadi orang lain dan wish diaorang? Kalau tak pernah korang sememangnya tak layak untuk berkecil hati, ok?

Cakap terus terang, akak bukan jenis bercerita. Apa-apa masalah tak puas hati ke, kecil hati ke, akak simpan je sorang-sorang. Pernah dulu....akak seorang yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap orang lain. Akak punyai 3500+ friendlist dalam facebook. 20% je orang Malaysia, selainnya orang luar. Setiap kali celebration akak postkan ke wall...Kawan-kawan Malaysia macam ignore akak. Sampai Kad raya bahasa melayupun, orang putih yang like dan wish. Kawan Malaysia tak tahu pergi mana.

Masa tu akak seorang yang sangat aktif di Facebook. Setiap hari akak akan pastikan akak wish semua orang yang celebrate birthday. Setiap hari ok? Kalau sehari miss kelam kabut sekali dan rasa bersalah sangat-sangat. Tibalah masa birthday akak, yang wish adalah dalam 15 orang out of 3500+++ kawan. Itupun orang luar negara, bukan kawan-kawan Malaysia. Akak rasa down sangat masa tu.



Ya akak pun kecik hati, ok? Jadi, semasa kawan akak tu mengadu dia kecil hati akak rasa nak tergelak dan rasa kelakar sangat topik tu. Akak nasihat dia tak payahlah sampai nak tutup facebook pasal benda-benda ni. Nasihat memang mudah tapi nak buatnya susah. Ada orang yang jenis sensitif, sensitif kita dan cara kita handle problem tak sama dengan satu sama lain k?  Problem ni nampak kecil tapi sebenarnya hal-hal kecil macam ni boleh jadi besar.


Akak dah sedar kenapa akak sangat berkecil hati semasa tu. Expectation...expectation hurts. Akak fikir orang sama macam akak. Akak ingat birthday dia, dia mesti ingat birthday akak kan? Jadi bila expectation tu tak jadi kenyataan. Akak jadi frust. Kalau korang pernah rasa yang sama meh akak bagi tips tentang bagaimana nak settlekan masalah ni.

Korang login facebook, tukar tarikh lahir jadi private. Lepas tu tak payah wish siapa-siapa Happy Birthday lagi kecuali teman terapat atau famili. Atau sesiapa yang ingat dekat kita. Yang lain ignore....buat benda lain. Buat-buat tak nampak notification birthday tu. Masa tu korang dah tak expect sesiapapun akan wish kerana tarikh lahir korang dah jadi privatekan?

No expectation, No disappointment.


Yang jadi frustnya sebab orang semua dapat notification tentang birthday, korang fikir kawan nampak, lepas tu mesti diaorang wish, tapi diaorang ignore...expectation tu yang sakit...memang patutpun kecil hati tapi itu bukan end of the world. Life goes on...tahun depan birthday lagi. Tak payah fikir sangat k?

InsyaAllah korang takkan berkecil hati lagi. Mudah kan? LOL
Dikuasakan oleh Blogger.