Kisah Inspirasi : Dari hidup gelandangan ke Universiti Harvard


Kadang kala kita rasa hidup kita sudah terlalu susah. Kadang-kadang kita give up untuk berusaha dan membiarkan takdir memainkan peranannya. Tapi tahukah anda ramai lagi yang lebih susah dari kita, yang tiada tempat tinggal, sesetengahnya cacat anggota badan tetapi mereka tidak pernah mengalah dan berusaha sehingga berjaya dengan gemilangnya?

Mari kita baca kisah gadis cantik yang lahir dalam serba kekurangan ini. 

Liz Murray: 'My parents were desperate drug addicts. I'm a Harvard graduate'

Liz Murray nama diberi. Dia dilahirkan dari pasangan ibu bapa penagih dadah yang kronik. Ibu dan bapanya kedua-dua disahkan menghidap HIV kerana penyalahgunaan dadah. Liz Murray hidup dalam keadaan yang serba miskin. Selalunya dia dan kakaknya hanya menghisap dan mengigit air batu untuk menghilangkan kelaparan.

Dilahirkan di Bronx, Liz menyaksikan ibu bapanya mengunakan kokain sepanjang hari. "Kedua-dua ibu bapa saya adalah hippies. Gaya hidup disko mereka terbawa-bawa sehingga saya dilahirkan pada awal tahun 1980an. Gaya hidup disko mereka akhirnya bertukar menjadi tabiat penggunaan dadah. "

Liz mengatakan bahawa dia sangat menyayangi kedua ibu bapanya dan bagaimana mereka juga menyayanginya namun mereka gagal untuk menjadi ibu bapa yang baik kerana tabiat pengunaan dadah. Dia masih ingat ketika ibunya mencuri duit tabungan hari jadinya, menjual perkakas rumah, set tv, bahkan ibunya menjual ayam thanksgiving yang disedekah oleh gereja untuk membeli kokain. Liz dibuli di sekolahnya kerana mempunyai banyak kutu, berbau busuk, kotor dan akhirnya dibuang sekolah.

Perkataan yang sering disebut oleh ibunya adalah " Kehidupan kita akan menjadi lebih baik pada masa depan " kemudiannya menghabiskan masa seharian dengan berkhayal, muntah-muntah dan diakhiri dengan dirawati oleh Liz. Liz sudah lali melihat lengan ibunya yang penuh dengan jarum-jarum bekas suntikan dadah. 

Pada usianya 15 tahun, ibunya menyatakan bahawa dia telah disahkan positif hiv dan mati tak lama kemudian kerana aids. Ibunya dikebumikan dalam keranda kayu sumbangan charity. 

Apabila ayahnya tidak mampu lagi membayar sewa flat kediaman mereka, dia telah berpindah ke rumah perlindungan untuk untuk orang-orang gelandangan meninggalkan Liz dan kakaknya untuk tinggal di jalanan. kakaknya bernasib baik mendapat tempat untuk tidur di atas sofa di bilik teman sekolahnya, manakala Liz tidur di tepi-tepi jalan, di stesen keretapi bawah tanah dan kerusi-kerusi di taman. 

Pada mulanya Liz rasa ingin memberontak dan marah kerana merasakan dirinya adalah mangsa tetapi akhirnya dia  tanam nekad di dalam hatinya bahawa dia akan merubah hidupnya suatu hari nanti. Kematian ibunya sebelum sempat melaksanakan impiannya untuk merubah hidup mereka menjadi pendorong kepadanya.

Kehidupan Liz bertukar apabila dia mula menghadiri Akademi Persediaan Kemanusiaan di Chelsea, Manhattan. Walaupun tiada tempat tinggal dan jarang menghadiri sekolah, Liz berjaya tamat persekolahannya dengan jaya dengan menamatkan sesi sekolah menengahnya hanya dalam masa 2 tahun.  Beliau kemudiannya dianugerahkan biasiswa oleh New York Times untuk pelajar yang memerlukan dan diterima masuk ke Harvard Universiti.

Oprah Winfrey memberinya penghargaan chutzpah dan dia bertemu dengan Bill Clinton. Dia telah menjadi jurucakap pada acara bersama Tony Blair, Mikhail Gorbachev dan Dalai Lama. Dia bercakap kepada remaja tentang menyalahgunaan dadah dan kongsi gelap. Dia juga menggesa mereka supaya tidak menggunakan kesusahan masa kanak-kanak sebagai alasan untuk tidak mengambil peluang dan berusaha.

"Saya adalah salah seorang daripada orang-orang yang tinggal di jalanan yang sebelum ini dipinggirkan", kata Liz

Ayah Liz juga mati kerana aids.

Liz telah membukukan kisah hidupnya di dalam novel yang bertajuk Breaking Night: A Memoir of Forgiveness, Survival, and My Journey from Homeless to Harvard. Novel itu mendapat jualan terlaris di Amerika Syarikat dan  mendapat tempat untuk jualan buku terlaris di New York Times. 


Kisah hidup Liz Murray telah difilemkan pada tahun 2003 berjudul 'Homeless to Harvard: The Liz Murray Story' .

Kisah Liz Murray telah menjadi inspirasi kepada jutaan penduduk di dunia. Tidak tahu mengapa saya sendiri tersedu-sedu untuk menyiapkan artikel ini. Sungguh menyentuh hati kisah Liz Murray ini. 

Kadang kala kita rasa hidup seperti tidak adil namun sebenarnya kita sendiri yang sepatutnya berusaha untuk merubah kehidupan sendiri. Jika kita lihat pada kehidupan Liz sebelum dia berjaya, apalah erti keadilan padanya? Tetapi dia nekad untuk mengubah kehidupannya. Bravo Liz Murray. Big respect!


“I knew at that moment I had to make a choice... I could submit to everything and live a life of excuses, or I could push myself... I could push myself and make my life good...” ― Liz Murray

Dikuasakan oleh Blogger.