Mengapa kucing mempunyai 2 warna mata berbeza.


Pernahkan ternampak kucing yang mempunyai 2 warna yang berbeza. Sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hijau atau sebelah warna coklat sebelah lagi warna biru. Macam-macam jenis warna ada pada mata kucing, ada yang berwarna-warni dan punyai pelbagai warna pada satu mata.


Ianya terhasil dari kejadian yang dinamakan heterochromia atau nama santifiknya Heterochromia Iridum. Keadaan ini adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Ianya boleh terjadi kepada manusia dan binatang lain juga. Perkara ini berlaku kerana faktor genetik atau warisan dan juga jumlah melanin yang ada pada mata kucing tersebut. 


Semua kucing dilahirkan dengan mata biru. Apabila kucing membesar, melanin bergerak ke dalam iris mata. Apabila kucing itu berusia 7 hingga 12 minggu, matanya akan berubah menjadi warna mata mereka yang kekal. Jika melanin tidak bergerak, dia akan menyimpan mata birunya. Jika pigmen melanin hanya mencapai 1 mata, hasilnya akan menjadi 1 mata biru dan 1 mata kuning, hijau atau coklat. Heterochromia separa berlaku apabila satu iris mempunyai lebih daripada 1 warna, manakala heterochromia lengkap menghasilkan iris 1 mata berbeza warna dari mata yang lain.


Mereka tidak perlukan rawatan atau ubat-ubatan dan mata mereka tidak mempunyai masalah. Ini adalah proses alam semulajadi dan tidak memberikan kesan buruk. Namun jika kucing tua atau kucing dewasa tiba-tiba berubah warna, anda perlu merujuk kepada veterinar segera. 


Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. Cantik betul kan? Mari tengok gambar-gambar kucing lain yang mempunyai warna mata berbeza.






Ganjil tapi cukup cantik dan istimewa kucing Heterochromia Iridum ini. 
Dikuasakan oleh Blogger.