Mengapa marah dan benci ketika diuji.



Kau bukan mencintai Allah tetapi mencintai diri mu. Bila Tuhan menguji mengapa kau benci?

Kau bukan mencintai manusia tetapi mencintai diri. Bila keinginan mu tertahan kau diamuk kemarahan?

Melalui kehidupan umpama membaca sebuah buku...ada bahagian menarik yang menyebabkan kita terpesona. Tetapi ada juga bahagian yang memerah fikiran untuk kita memahaminya. Dan ada pula bahagian yang santai untuk kita istirahat seketika.

Begitulah kehidupan...ada senyuman, ada tangisan dan ada kesederhanaan. Untuk memahami dan menghayati sebuah buku....bacalah semua dan segalanya. Usah dilangkau dan jangan ada yang ditinggalkan.

Begitu jualah dengan sebuah kehidupan....ada kesyukuran, ada kesabaran dan ada antara diantara keduanya...Kita hanya hamba. Kehidupan ini sudah tertulis. Kita hakikatnya hanyalah pembaca buku kehidupan itu...

Ya Allah, didiklah hati ini agar berdamai dengan segala dan semua 'tulisan' Mu!

Jika kau menangis kerana dunia dan manusia percayalah... kau akan menangis lebih lama dan lebih parah lagi.

Ingatlah hakikat itu wahai diri!

Pahrol Mohamad Juoi
Dikuasakan oleh Blogger.