Pernah Tak Anda Bertemu Artis Atau Selebriti Secara Live? | Pengalaman Bertemu Dengan Selebriti
Di sini saya ingin berkongsi cerita dari mereka-mereka yang pernah menemui artis atau selebriti. Saya kategorikan kepada 2 ...1 artis atau selebriti yang baik dan tak sombong dan 1 lagi yang sombong dan ego melampau.
Artis yang baik
1-Keanu Reeves
Rata-rata yang pernah menemui aktor kacak ini, dan yang pernah bekerja dengan beliau mengatakan Keanu seorang yang sangat baik, mudah mesra dengan orang-orang biasa dan sangat pemurah. Terlalu banyak cerita tentang Keanu Reeves di internet...antaranya dia seorang yang sangat rendah diri dan boleh duduk di tepi jalanan menemani orang gelandangan. Keanu juga seorang yang sangat pemurah sehingga beliau pernah mendermakan pendapatannya kepada semua stuntman yang bekerja dengan semasa pengambaran Matrix 2. Tak pasal-pasal krew-krew filem dia menjadi jutawan kerana sifat dermawannya.
2-Johnny Depp
Seorang peminat yang pernah menemui Johnny Deep menceritakan tentang sikap Johnny Depp yang betul-betul rendah diri. Johnny duduk disebelahnya dan berbual mesra seperti seorang kawan lama. Bertanya tentang hidup peminatnya itu dan mendengar setiap detail percakapan dengan penuh minat.
3-Tom Cruise
Tom Cruise adalah seorang aktor yang sangat prihatin kepada orang-orang yang bekerja di bawahnya. Tidak kiralah jawatan tinggi ataupun rendah. Tom Cruise sangat mengambil berat tentang makanan. Beliau sangat risau jika pekerjanya tidak makan. Dia sanggup memesan makanan mahal untuk pekerjanya dan kadang kala turun ke padang bertanya jika mereka sudah makan. Dia juga seringkali berpesan kepada pengurusnya supaya memastikan pekerja-pekerja sentiasa makan makanan yang berkualiti dan mencukupi.
4-Anil Kapoor
Kebanyakan bintang Bollywood dikatakan sombong dan ego tetapi Anil Kapoor dikatakan sebagai seorang yang merendah diri dan baik terhadap orang lain.
5-Hugh Jackman
Hugh Jackman diceritakan sebagai seorang aktor yang tidak meninggi diri biarpun dia seorang yang terkenal. Seorang kew hotel yang bekerja di hotel tempat penginapan Hugh Jackman mengatakan Hugh Jackman adalah seorang artis yang langsung tidak cuba berlagak seperti artis. Cukup senang untuk mendapatkan autograph dan bergambar dengannya. Dia juga dikatakan sebagai artis yang murah dengan senyuman dan sentiasa menyanyi-nyanyi keseronokan sendirian.
6-Alec Baldwin
Seorang peniaga food truck meletakkan traknya di hadapan sebuah coffee shop apabila dia secara tiba-tiba ternampak Alec Baldwin sedang minum espresso di salah sebuah meja sambil memegang beg yang sarat berisi makanan. Dia bertanya kepada pekerjanya adakah itu.....pekerjanya mengatakan ya. Alex telah membeli banyak makanan dan memberi pekerjanya tips sebanyak $100. Pada mulanya dia teringin untuk meminta autograph dan mengambil gambar tetapi dia rasa tidak patut untuk mengacau seorang artis kerana dia faham artis perlukan privacy, masalah paparazi lagi. Jadi dia tunggu sehingga Alex menghabiskan sisa kopinya. Kemudian dia pergi untuk mengucapkan terima kasih kerana membeli dengan banyak sekali. Alex kemudiannya bercerita tentang food truck. Mereka berborak selama 15 minit. 2 minit selepas Alex mengucapkan selamat tinggal, dia terkejut mendapat message dari akaun twitternya yang mengatakan bahawa " @AlecBaldwin is following you on Twitter."
Antara artis lain yang tidak sombong dan melayan peminatnya dengan baik :
Will Smith, 50cents, Tupac Shakur, Amitabh Bachchan, Megan Fox, Drewbarry More, Emma Watson, Arjun Rampal, Pierce Brosnan, Penelope Cruz
Antara artis yang dikatakan kasar dan sombong dengan peminat dan pekerjanya adalah:
Salman Khan, ( ego melampau, sombong tak tentu arah ) Senn Penn, ( kasar ) Bill Crosby, ( kurang ajar dan terlalu sombong ) Julia Roberts, ( fussy, kasar terhadap pekerja, sombong dengan peminat) Carrie Underwood, ( dikatakan hanya manis di depan kamera saja ) Michael Jordan, (kedekut autograph dan tak suka bergambar dengan peminat ) Danny Clover, Sandra Bullock, Aariana Grande ( dikatakan tersenyum manis di depan peminatnya tetapi menyumpah supaya mereka semua mati apabila di belakang peminatnya), Christina Aguilera ( berlagak terlalu diva), Kim Kardasian ( memilih fan untuk beri autograph ), Tobey Maguire, ( artis yang paling susah untuk beri autograph), Will Ferrel, ( suka memalukan fans yang minta autograph darinya ) Patrick Stewart, ( dikatakan terlalu rude sehingga sanggup menolak permintaan budak berumur 4 tahun yang meminta autographnya)
Jennifer Lopez dikatakan berlagak sangat diva kepada pekerja bawahannya tetapi sangat beremosi jika bertemu dengan peminat. Rumor tentang Jennifer Lopez 50/50 , ada yang kata dia terlalu baik dan ada juga yang mengatakan dia sombong. Period gamaknya. Artis pun macam manusia biasa juga, kadang-kadang ada mood dan masalah masing-masing.
Sumber artis hollywood dan bollywood : Quora
Catatan Admin:
Saya sendiri pernah terserempak dengan beberapa artis tanah air semasa belum berkahwin dulu, tapi saya bukanlah jenis minta bergambar dan autograph. Cuma bertemu mata dan berlawan pandang. Antaranya:
Datuk Aznil Nawawi - Datuk Aznil sangat ensem, tak padan dengan umurnya. Dia seperti lelaki muda belia. Dan tak sombong, mudah tersenyum. Datuk Aznil lebih kacak di luar kamera.
Datuk Siti - Datuk Siti memang comel walaupun di luar kamera dan tanpa make up tebal. Dia tersenyum cantik apabila terserempak dengan saya.
Melissa Saila - Saya bertemu Melissa di bilik air, di sebuah restoran. Melissa juga sangat comel tak padan dengan usianya. Dia kelihatan seperti gadis remaja. Dan dia juga mudah tersenyum. Melissa lebih cantik di luar kamera. Kulitnya putih mulus menampakkan kejelitaannya biarpun hanya memakai lipstick.
Amy Search - Seorang yang happy go lucky dan saya rasa dia boleh get along dengan sesiapa saja cuma orang sekeliling dia aje malu nak pergi rapat denganya. ( saya rasa )
Fauziah Latiff - Saya bertemu dengan Jee semasa kami sama-sama shopping di Isetan. Perjumpaan dengan Jee adalah suatu pengalaman yang tak pernah saya lupakan kerana....saya seolah-olah terpukau melihat kejelitaan wajahnya. Biarpun dia tidaklah putih melepak tetapi wajahnya cukup menarik di luar kamera. Seperti ada suatu aura yang menarik saya untuk mengikut dan terpana dengan kejelitaannya. Note : dia tak pedulikan saya sebenarnya, dia tak pandangpun dekat saya kerana busy memilih baju hahaha. Jee...flawless, cantik gila.
Sidi Oraza - Saya ternampak Sidi di dalam sebuah kereta, Sidi tersenyum memandang saya tetapi ketika itu saya sedang bad mood ( bergaduh dengan boyfriend ) saya balas dengan jelingan dan masam mencuka. Saya perasan wajahnya berubah. Saya sangat menyesal.
Rahmat Mega - Satu pertemuan yang sangat tidak menyenangkan. Saya tidak mahu cerita secara detail..just "nightmare" bagi saya.
Norman Hakim - Sweet & handsome dan tidak sombong
Fiza Elite - Ketemu Fiza ketika saya baru berkahwin, ketika itu Fiza masih bersama Elite. Cantik dan sexy orangnya ( masa itu belum bertudung ). Dia senyum dengan suami saya, tapi masam bila pandang saya huwaaaaaa. Namun Fiza kini dah banyak berubah. Kini dia kelihatan lebih jelita bertudung. Anak-anaknya juga comel.
Nasha Aziz - Memang cukup cantik. Saya suka lihat kulit wajahnya. Flawless. Saya duduk berdekatan dengan Nasha dan dia senyum memandang saya.
Datuk Eizlan Yusof - Saya sedang berjalan apabila sebuah kereta BMW menghalang saya untuk melintas jalan. Saya rasa sangat marah. Apabila pemandunya membuka pintu, saya ternampak lesung pipit di pipinya. Dia tersenyum comel. Saya tahu dia cuma bergurau, bagi saya dia seorang yang baik dan very handsome. Note: ketika itu dia bersama teman-teman lelakinya yang lain.
Dayang - Seorang gadis tersenyum dekat saya, saya pun membalasnya. Saya memang jenis suka senyum dekat stranger. Selepas tu baru saya perasan. OMG Dayang! Macamana saya boleh tak perasan. Saya rasa sebab Dayang terlalu sempoi. Masa saya jumpa dia, dia tak guna make up tebal, cuma pakai jeans dan t shirt.
Arwah Din Beramboi - Arwah seorang yang sangat sempoi dan peramah.
Ops itu je yang saya ingat...banyak lagi yang saya jumpa tapi terlupa pula..lain kalilah update.
Korang pula? Artis mana yang korang pernah jumpa? Ceritalah sikit diaorang sombong ke..baik ke...comel ke..share dekat ruang komen di bawah ya?
Leave a Comment