Raysha Rizrose Yang Semakin Hari Semakin Popular dengan Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dinginnya.


Juara Pertandingan Dewi Remaja sesi 2014/2015 yang semakin hari semakin popular ini tidak habis-habis dihujani dengan pelbagai kisah hits dan panas sedari awal kemunculannya sebagai artis. Namun beliau begitu bersahaja dan tabah menghadapi segala kritikan panas dan kecaman peminat-peminat seni tanah air. Kisahnya tidak pakai coli sentiasa tersemat di hati haters dan peminat yang menyayanginya. Namun kecaman demi kecaman tidak langsung memudarkan semangatnya malah dia semakin melonjak naik.

Terkini dia membintangi drama "Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin.". Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin  bersiaran di Slot Akasia TV3. Drama Pinggan tak retak, nasi tak dingin adalah terbitan Country & Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nizam Zakaria. Drama ini diadaptasi dari novel karya Umi Syidah. 


Selain Raysha Rizrose, pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid dan lain lain.

Mari berkenalan dengan Raysha Rizrose:

Nama penuh Raysha Rizrose adalah Farza Naquraisha Rizrose. Lahir pada 22 Jun 1996. Raysha adalah adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose dan berasal dari Kuala Lumpur. 

"Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri. Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.

Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya. Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).


Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak. Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha... Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.

Biarpun berlainan bapa perhubungan mereka adik beradik adalah sangat rapat. Tidak timbul langsung istilah dengki dan irihati sesama mereka, malah mereka bersatu menyokong perkembangan seni satu sama lain. Raysha menganggap kakak-kakaknya sebagai BFFnya. 

Apabila diminta berkongsi rahsia kecantikan kulitnya yang flawless dan glowing itu, Raysha mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rutin kecantikan. Kulit cantiknya adalah natural. Beliau hanya mencuci make upnya menggunakan tisu basah dan hanya mencuci menggunakan make up remover sekali sekala. Malahan dia takut untuk mula menggunakan produk penjagaan kulit kerana selama ini kulitnya okey sahaja, tiada masalah langsung, takut-takut kalau dah start pakai produk, segala macam masalah kulit akan timbul. Cuma apa yang dia amalkan untuk memastikan kulit kekal cantik adalah banyakkan minum air masak.

Raysha mengaku sedang rapat dengan seseorang. Mereka telah berkawan selama 5 tahun tetapi temannya itu tinggal di luar negara kerana itu mereka jarang bertemu. 

"i'm single but i'm not single" katanya kepada InTrend

So guys ...jangan berangan lagi, Raysha yang cantik dan sexy ini dah punya teman hati, ok?

Selain dari berlakon, beliau juga adalah seorang pengacara dan penyanyi namun berlakon menjadi pilihan utamanya. ", kata Rizrose kepada InTrend lagi.

Ukuran badan Raysha Rizrose

Dada: 32
Pinggang: 26
Pinggul: 33
Tinggi: 170 cm
Berat: 48 kg

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin 

"Pinggan Tak Retak nasi Tak Dingin " mengisahkan Yuhanis (Raysha Rizrose) yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Nizam (Azrel Ismail). Akan tetapi, Nizam menangguhkan kepulangannya ke Malaysia kerana dia sudah bernikah dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga Nizam terkejut setelah mendapat tahu bahawa isterinya sedang hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabulkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangnya sudah menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila sedang merahsiakan sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya telah menjadi pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Saksikan drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran 6.58 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3.

Sipnosis drama oleh oleh kbergetar.org

Tonton drama ini secara online di sini 

Gambar dari pelbagai sumber dan instagram
Dikuasakan oleh Blogger.