Resepi Donut Pandan Gebu Gebasss Yang Mudah, Sedap dan Tak Payah Di Uli

 

Jalan-jalan tengok resepi minum petang kat Facebook, hati ni terpikat pulak dengan satu resepi donut yang menarik. Ni bukan donut biasa yer..ni donut pandan. Menurut kata tuan punya resepi, resepi ni resepi ibu beliau 30 tahun dulu.

Bahan 1:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam/+air pandan..
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang


Bahan 2:
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata.

Masukan dlm bekas dan tutup biarkan selama 1 jam.

Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk2 doh tuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut.

Biarkan selama lebih kurang 15 minit, lepas tu boleh goreng dan di salut gula.
 

video

Selamat Mencuba!..

Kredit Resepi dan video kepada - Hajah Zainab Bt Mawan | Resepi Memikat Suami
Dikuasakan oleh Blogger.