Sakit Lutut? Sembuhkannya Dengan Kunyit!
Sakit
lutut adalah sangat biasa dihidapi oleh warga tua tidak terkecuali yang masih
muda. Lutut adalah salah satu sendi yang terbesar dan paling kompleks di dalam
tubuh. Ia sangat terdedah kepada kesakitan dan kerosakan. Kerana itu kita harus
mengambil berat akan kesihatan lutut terutama sekali golongan atlit. Kita juga
akan lebih cenderung mengalami sakit lutut ini apabila semakin tua atau jika
berlebihan berat badan/obesiti.
Antara
punca sakit lutut ialah :-
⏩
Kecederaan akibat kemalangan
⏩
Menghidap Arthritis/Gout
⏩
Kesakitan pada pinggul dan kaki
⏩
Obesiti
⏩
Kekurangan fleksibiliti dan kekuatan otot
⏩
Sukan seperti bola keranjang
Mencegah
sakit lutut memang sukar, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kemalangan. Walau
bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga tertentu untuk
mengurangkan risiko kecederaan berlaku. Petua-petua ini perlu dipertimbangkan
apabila anda melakukan senaman atau apa-apa bentuk aktiviti fizikal:
- Pilih kasut yang sesuai dan mempunyai teknologi sokongan kaki.
- Ganti kasut apabila perlu.
- Lakukan regangan sebelum dan selepas bersenam/aktiviti fizikal. Jangan lupa lakukan rengangan untuk bahagian kaki juga.
- Pastikan semasa bersenam tingkatkan intensiti senaman anda secara beransur-ansur. Jangan buat senaman berat secara mengejut. Lakukan dengan bilangan set yang sedikit dulu kemudian tingkatkan sedikit demi sedikit.
- Jangan sekali-kali bersenam ketika lutut anda sakit. Segera berhenti bersenam jika lutut anda merasa sakit
Tahukah
anda sakit lutut boleh diredakan dengan menggunakan bahan semula jadi dari
dapur anda seperti kunyit. Kunyit mengandungi sifat-sifat antioksidan yang
dapat membantu mengurangkan rasa sakit, serta antioksidan kuat yang disebut
curcumin. Ia juga dilaporkan memperlahankan perkembangan rheumatoid arthritis,
yang merupakan salah satu penyebab terbesar kesakitan lutut. Di sini saya
kongsikan petua sakit lutut menggunakan kunyit.
PES
KUNYIT UNTUK SAKIT LUTUT
Campurkan
3 sudu serbuk kunyit dengan 3 cawan air.
Didihkan
campuran tadi.
Biarkan
ia mendidih sehingga membentuk pes - sekurang-kurangnya 8 minit.
Apabila
pes tadi semakin likat kacau ia supaya tidak menjadi terlalu pejal.
Tambahkan
air jika terlalu pekat.
Sapukan
pes tadi ke sendi lutut anda
Anda
boleh menyimpan pes baki dalam balang kaca dan letakkan di dalam peti sejuk.
Limau
nipis/lemon kaya dengan asid sitrik yang membantu mengurangkan keradangan dan
kesakitan. Ia sangat berkesan untuk merawat arthritis yang disebabkan oleh asid
urik di dalam tulang.
PES
KUNYIT BERSAMA JUS LEMON/LIMAU NIPIS
Campurkan
2 sudu serbuk kunyit dan perahan lemon/limau nipis.
Gaul
sehingga menjadi pes.
Sapukan
campuran ke sendi lutut yang sakit.
Biarkan
selama 15 minit dan bilas dengan air.
Anda
juga boleh buat Teh Kunyit dengan Halia. Halia juga mengandungi sebatian
anti-radang dan digunakan secara meluas untuk meringankan kesakitan pada lutut.
TEH
KUNYIT DAN HALIA
Masukkan
1/2 sudu teh kunyit hidup kisar dan 1/2 sudu teh halia kisar ke dalam secawan
air.
Biarkan
mendidih selama 10 minit.
Tapiskan,
anda boleh tambah sedikit madu jika suka dan minum 2 kali sehari.
Halba
mengandungi sifat anti-radang dan antioksidan. Selain itu ia juga mengandungi
zat besi, vitamin, flavonoid, saponin, trigonelline dan alkaloid lain.
MINUMAN
KUNYIT DAN HALBA
Campurkan
serbuk kunyit, serbuk halia, dan serbuk halba dalam kuantiti yang sama ke dalam
secawan air panas.
Minum
dua kali sehari untuk meredakan kesakitan sendi dan arthritis.
Peringatan
:
Kunyit
mungkin akan menurunkan tahap gula dalam darah. Orang yang mengambil ubat
diabetes perlu mengelakkan mengambil jumlah kunyit atau curcumin yang banyak.
Jika anda mengambilnya, sila pantau tahap gula dalam darah anda, jangan sampai
ia menjadi terlalu rendah.
Orang
yang mengambil ubat mencairkan darah
harus mengelakkan mengambil kunyit dalam bentuk mentah atau bentuk
supplemen.
Letakkan
bantal di bawah kaki untuk menyerap tekanan dari sendi yang menyakitkan.
Kekalkan
berat badan yang sihat untuk mengurangkan tekanan beban yang berat terhadap
lutut anda.
Selamat
Mencuba!
Sumber
: Googles
Foto :
Google Images
Leave a Comment