Tahukah Anda Bahawa Ganja Adalah Ubat Untuk Mengubati Banyak Jenis Penyakit Terutamanya Kanser?

Saya tahu pasti ramai yang ragu-ragu dan tidak percaya kerana umumnya ganja dikenali sebagai dadah berbahaya. Ianya diharamkan di banyak negara. Namun percayakah anda jika saya beritahu bahawa banyak kajian telah dibuat dari tahun-tahun silam lagi bahawa pokok ganja sebenarnya adalah ubat yang sangat berkesan untuk mengubati kanser,  penenang kepada sakit-sakit kronik, pengubat depresi, stress, boleh dijadikan ubat berhenti merokok dan banyak lagi khasiatnya.


Banyak negara telah menarik pengharaman ganja termasuklah USA dan Uruguay. Bahkan orang yahudi sendiri sedang giat menanam ganja kerana mereka tahu khasiat  ganja. Rokok adalah jauh lebih merbahaya dari ganja. Tetapi mengapa haram di banyak negara. Simple...antara sebabnya cukai rokok...jika ganja dihalalkan pasti perniagaan rokok terjejas. Lagi satu farmasi dan industri ubat ubatan adalah industri yang terbesar di seluruh dunia. Jika mereka mengakui keberkesanan ganja sebagai ubat ajaib yang boleh mengubati kanser, siapalah yang akan melakukan rawatan chemo yang mahal gila tu kan? Banyak industri yang akan terjejas kalau orang-orang atasan menghalalkan penggunaan ganja.


Eh Kenapa saya tiba-tiba cerita tentang ganja. Saya geram tengok makcik-makcik di kampung yang menyamakan penghisap ganja sama dengan dadah. Penagih dadah lain. Penagih ganja lain. Penagih ganja sebenarnya tidak ketagih, mereka boleh berhenti pada bila-bila masa pun. Malah lebih mudah dari berhenti merokok tetapi dadah lain. Sekiranya terjebak memang minta ampun...susah nak tarik balik. :( . Dadah jenis lain memang merosakkan.


Penghisap ganja tidak akan menjadi gila sampai menikam ibu bapa, membakar rumah dan sebagainya. Negara yang bebas ganja seperti Armsterdam, mempunyai rekod banduan yang paling sikit di dunia.

Dan lagi sekali mengapa tiba-tiba saya cerita tentang ganja ni? haha

Dulu, saya pernah dengar bahawa sesetengah negeri di USA telah pun membenarkan penanaman dan pengubatan menggunakan ganja. Maksud saya untuk tujuan pengubatan. Semasa itu mereka boleh membeli ganja untuk perubatan itu di farmasi farmasi terpilih.  Tetapi tadi semasa saya meninjau website amazon, anda tahukan amazon? Online shopping mall yang terbesar di dunia tu? Di amazon rupanya telah banyak barang yang berunsurkan ganja telah di jual. Antaranya hemp oil untuk muka, hemp oil untuk salad dressing, hemp gum, organic hemp protein, pil-pil kesihatan, lotion, bahan untuk buat kek....wah dah maju...tak percaya klik amazon.

Kalau begitu memang sahlah USA telah pun menarik balik pengharaman ganja di negara itu.




Kajian mengatakan bahawa chemotheraphy bukanlah menyembuhkan penyakit kanser malah semakin menyakitkan dan mempunyai banyak effect lain. Yang akhirnya akan berakhir dengan bil perubatan yang tinggi dan kematian.


Ini semua kerja orang tamak. Mereka hanya memikirkan keuntungan semata.


Ya saya emo kerana kita semua telah tertipu. Kerajaan USA sentiasa menipu dunia dan rakyatnya. Ramai yang telah tahu hakikat ini tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa untung menentang authority. Bayangkan mereka yang menjalani rawtan chemo menghadapi kesakitan lebih dan hanya 2 atau 3 % saja yang sembuh ..manakala 97 % lagi berakhir dengan kematian.


Namun bukanlah tujuan saya menulis dan bercerita tentang ganja ini mengalakkan anda menghisapnya. Perubatan ganja adalah dari minyak yang telah diproses. Kerajaan kita masih mengharamkan ganja maka janganlah gatal-gatal hendak mencuba. Rasanya ramai ibu bapa pun tahu hakikat ini tapi mereka berbuat bodoh saja kerana kerajaan mengharamkannya maka kita kenalah patuh. Jangan bawa masalah kepada keluarga ok? Please ok?  Jangan bagi mak dan ayah kamu menangis. Apa yang dilarang kita janganlah ambil. Post ini hanya bertujuan untuk memberitahu hakikat bahawa MINYAK ganja adalah ubat dan chemo sangat membahayakan. Noktah.

Jangan silap MINYAK ganja dan ganja yang dibalut untuk dihisap, lain ceritanya tu.

Wallahualam..

Photo source : google images / pinterest
Dikuasakan oleh Blogger.