10 Jam Termahal Di Dunia 2017
Pernahkah terfikir tentang berapakah harga seutas jam tangan yang digunakan oleh hartawan-hartawan di seluruh planet bumi ini. Apakah ciri-ciri yang membuatkan jam itu menjadi begitu mahal dan istimewa sekali? Mengapakah seutas jam menjadi begitu penting kepada mereka-mereka ini sehingga sanggup menghabiskan wang yang bukan sedikit jumlahnya. Tak lain dan tak bukan hanyalah kerana status dan perbandingan sesama mereka.
Mari lihat list harga 10 jam yang termahal di dunia.
#10-LOUIS MOINET METEORIS WATCH ~ Harga: $4.600.000 ( RM19.2 JUTA)
4 utas jam tangan ini masing-masing berkongsi tempat ke sepuluh untuk rank 10 jam yang termahal di dunia. Rekaan dalamannya mengandungi batu-batuan dari bulan.
#9-HUBLOT – BIG BANG ~ Harga: $5.000.000 (RM21.5 JUTA)
Jam tangan ini hanya berfokus pada berlian dan berlian semata. Terdapat lebih dari 1280 berlian 3 karat pada jam ini. Dan pemiliknya adalah BeyOnce, hadiah dari suaminya.
#8-Vacheron Constantin 57260 – ~ Harga: $8 million ( RM34.29 JUTA)
Jam ini dikatakan sebagai jam yang paling rumit pembuatannya yang pernah dicipta di dunia. Penciptaan jam ini mengambil masa selama 8 tahun dan dicipta oleh 3 pembuat jam profesional. Ianya dibeli oleh seorang yang tidak dikenali.
#7- PATEK PHILIPPE – Wristwatch ~ Harga: $11.136.642 (RM$47.71 JUTA)
Memang pelik mengapa jam ini sebegitu mahal sekali kerana ianya hanyalah jam yang menggunakan stainless steel kasing namun mungkin itu keunikan jam tangan ini kerana ianya kali pertama di cipta oleh Patek Phillipe yang sebelum ini hanya mereka kasing dari emas. Mungkin kerana kali pertama dicipta mengguna stainless steel menyebabkan jam ini laku terjual pada harga seperti di atas.
#6-Jacob & Co. “Billionaire Watch” ~ Price: $18,268,000 (RM78.2 JUTA)
Pencipta jam tangan ini tidak bermain dengan kata-kata apabila memberi nama jam ini billionare watch. Jam ini adalah salah sebuah jam tangan mewah yang dicipta di dunia. Dihiasi dengan 260 karat berlian zamrud yang tidak ternilai harganya, ia mempunyai pergerakan buatan tangan yang terdiri daripada 167 komponen dan 19 permata. Tidak diketahui pula siapa pemiliknya.
#5-PATEK PHILIPPE – HENRY GRAVES ~ Harga: $24.000.000 (RM102 juta)
Jam ini dibuat dari air tangan Patek Phillipe sendiri pada tahun 1933 dan penciptaannya mengambil masa selama 5 tahun. Jam yang agak rumit pembuatannya dan berjaya di jual pada harga kira-kira 24 juta dollar pada tahun lepas. Tidak diketahui siapa pembelinya.
#4-CHOPARD 201-CARAT WATCH ~ Price: $25.000.000 (RM107.1 Juta)
Empunya jam ini pastinya seorang yang sukakan bling dan aksesori yang bergemerlapan. Jam ini laku dijual pada tahun lalu pada harga 25 juta dollar. Jam ini bertahtakan 874 karat berlian dan ianya sebenarnya lebih sesuai sebagai gelang tangan kerana ruang untuk melihat waktunya diciptakan terlalu kecil.
#3- BREGUET GRANDE COMPLICATION MARIE-ANTOINETTE ~ Harga: $30.000.000
Jam poket ini adalah jam poket yang termahal di dunia dan berharga kira-kira RM129 JUTA. OMG. Pembuatan jam ini bermula pada tahun 1782 dan siap pada tahun 1827. Lamanya masa untuk menyiapkan jam ini. Pencipta asalnya mati sebelum sempat menyiapkan jam ini dan siap selepas 4 tahun kematiannya oleh anaknya sendiri. Tragis, patutlah mahal. Jam ini pernah dicuri pada tahun 1900 tetapi berjaya dijumpai semula pada tahun 2007. Jam berharga 30 juta dollar ini dipamerkan di muzium di L.A Mayer.
#2-Graff Diamonds The Fascination ~ Harga: $40 Million (RM172 juta)
Jam ini bertatahkan berlian putih 152.96 karat dengan batu permata yang indah yang dipotong mewah juga terdiri dari Berlian pear 38.13-karat yang sempurna yang menembusi cincin. Menurut Graff jam ini dicipta cukup berhati-hati dengan sentuhan magic supaya pemiliknya dapat memakainya dengan cara yang berbeza.
#1-GRAFF HALLUCINATION ~ Price: $55 MILLION (RM236 JUTA)
Ya memang terhalusinasi sebentar melihat jam ini. Sesuai benar dengan namanya. Memperkenalkan jam yang termahal sekali di dunia buat masa ini, Graff Hallucination yang berharga RM236 juta sahaja.... tunai. Jam in sarat dengan diamond dan permata berkilauan.
“The Graff Hallucination is a sculptural masterpiece, a celebration of the miracle of colored diamonds. For many years I have thought about creating a truly remarkable watch that illustrates our all consuming passion for diamonds. The Hallucination has made my diamond dream a reality.“ --Laurence Graff
Yang mana satu pilihan anda?
Leave a Comment