10 ORANG YANG MENGALAMI NASIB MALANG SELEPAS MENANG LOTERI


Kebanyakkan dari kita pasti berfikir yang wang dan kekayaan adalah faktor kebahagiaan. Malah ramai juga yang berangan-angan hendak menang loteri dan membayangkan seronoknya jika mendapat duit yang banyak tanpa bekerja, Saya begitu juga. Sebenarnya saya selalu berfikir dan berangan untuk menang loteri tapi sekadar berangan saja, tidak pernah pula saya membelinya.

Mari kita baca kisah benar nasib malang yang menimpa pemenang-pemenang loteri di bawah ini. 

10 ORANG YANG MENGALAMI NASIB MALANG SELEPAS MENANG LOTERI


#1 - Abraham Shakespeare
Abraham Shakespeare telah memenangi wang loteri berjumlah 17 juta usd setelah ditolak kos dan tax. Biarpun telah memenangi wang yang banyak Abraham telah bersumpah bahawa kekayaan tidak akan merubah jati dirinya. Dia seorang yang sangat baik hati dan pemurah dan suka membantu orang susah. Sikap baik hatinya dia menjadi perhatian seluruh bandar. Setiap hari dia harus mendengar rintihan dan kisah suka duka orang-orang di jalanan dan dia dengan suka rela membantu mereka. 

Abraham bertemu seorang wanita bernama Dorice Moore yang menawar diri untuk menguruskan urusan kewangan Abraham. Dia memperdaya Abraham dan membuka akaun bank menggunakan duit Abraham dan membeli kereta mewah bernilai 1 juta usd. Tidak cukup dengan itu dia tiba-tiba menjadi tamak dan menembak Abraham sebanyak 2 kali dan menanamnya. Dia memberitahu keluarga dan rakan-rakan Abraham bahawa Abraham lari meninggalkan bandar kerana mahu lari dari mereka yang sering meminta wang darinya.

Wanita itu berpura-pura menjadi Abraham selama berbulan-bulan. Dia menghantar hadiah kepada anak-anak Abraham, menghantar mesej menggunakan cellphone Abraham dan juga membayar seorang lelaki supaya menyamar seperti Abraham untuk bergambar dan menelefon ibu kepada Abraham. Keluarga Abraham akhirnya sedar ada sesuatu yang tidak kena. Mereka membuat laporan kepada polis dan polis menjumpai mayat Abraham. Dorice dipenjarakan seumur hidup. 


#2 - Urooj Khan
Urooj Khan begitu teruja setelah memenangi wang loteri berjumpah $425,000 selepas cukai. Dia merancang menggunakan wang kemenangannya untuk perniagaan dan memberi derma kepada hospital kanak-kanak. Khan telah menghadiri persidangan akhbar dan menerima ceknya di majlis itu. Selepas majlis dia pulang ke rumah untuk menikmati jamuan makan malam bersama anak, isteri dan bapa mertuanya. Selepas makan malam dia tiba-tiba rasa tidak sihat dan terus masuk tidur. Dia mati keesokan harinya. Isterinya menghubungi 911 dan Khan di bawa ke hospital. Pihak hospital mengatakan bahawa Khan mati kerana masalah jantung. Tiada autopsi dilakukan. Pihak keluarga Khan merasa tidak berpuas hati dan mensyaki kematian Khan secara mengejut itu. Mereka memaksa pihak hospital supaya melakukan pemeriksaan sekali lagi dengan lebih teliti. Kali ini mereka ketemukan cyanide di dalam darah Khan. Polis membuat penyiasatan untuk mencari pembunuh Khan namun hingga kini kes ini masih belum selesai. 


#3 - Andrew J. Whittaker Jr.
Andrew Whittaker memenangi loteri berjumpah $113.4 juta selepas cukai. Dia merasa sangat bertuah dan gembira. Dia seterusnya membuat derma besar-besaran kepada badan kebajikan. Dia memberi jutaan dollar kepada gereja yang selalu dikunjunginya. Dia membuat badan kebajikannya sendiri membantu orang susah mendapatkan kerja, mendermakan makanan dan membantu persekolahan anak-anak orang susah. Biasalah bila dah kaya dan dermawan pula, kini dia menjadi pusat meminta duit dan orang menghantarnya surat meminta pertolongan tanpa henti. Sehari dia harus menghabiskan masa lebih dari 8 jam hanya untuk membuka surat. Sesetengah dari mereka menunggu di depan rumahnya setiap hari mengadu masalah kewangan mereka. Setengah dari mereka menjadi marah apabila permintaan mereka ditolak dan bertindak mengugut keluarga Whittaker. Dia juga menjadi mangsa saman tanpa henti. Dia terpaksa membelanjakan $3 juta untuk menyelesaikan kes samannya.

Akhirnya Whittaker menjadi stress dengan kehidupannya. Dia mula menjadi penjudi, mengunjungi kelab bogel dan menjadi pemabuk. Dia pernah diberi dadah dan kehilangan semua wang yang dibawa di dalam begnya yang berjumlah lebih $500,000. Namun wang itu dijumpai semula. Jika dulu dia terkenal kerana baik hati kini dia terkenal kerana berperangai buruk. Namun keluarganya tetap menyayanginya. Dia membela cucu dan anak perempuannya apabila suami anaknya mati. Dia memanjakan cucunya dengan wang. Setiap hari dia memberi wang yang banyak kepada cucunya sehingga pengedar dadah menjadikan cucunya sebagai target. Cucunya akhirnya menjadi penagih dadah tegar. Rehab dan pemulihan menemui jalan buntu. Kemudian cucunya hilang dan ditemui mati dan dibalut dengan plastik. Kematian cucunya diklasifikasikan sebagai mati mengejut biarpun terdapat dadah di dalam sistem badannya semasa ditemui. Peristiwa itu menjadi titik hitam kepada keluarga Whittaker. Perkahwinannya dan isterinya selama 42 hancur tahun begitu saja. Kemudian anak perempuannya pula mati akibat kanser. Whittaker kini menyesal tidak mengoyakkan tiket loteri kemenangannya.


#4 - Jeffrey Dampier
Jeffery Dampier dan isterinya memenangi wang loteri berjumlah $20 juta. Mereka kemudiannya bercerai dan membahagikan duit kemenangan itu. Dampier kemudiannya mendapat kekasih baru bernama Crystal. Mereka berpindah ke Florida dan membiayai perbelanjaan 2 kakak Cystal sekaligus. Pada satu hari kakak Crystal bernama Victoria membawa kekasihnya ke rumah dan meminta wang lebih dari Dampier. Kekasih Victoria , Nathaniel mengacukan pistol kepada Dampier dan memaksa Dampier untuk memberi duit. Dampier juga dipukul berulang kali. Mereka akhirnya membunuh Dampier dan kemudian ditangkap polis. 


#5 - Renné Senna
Renné Senna mengharungi hidup yang susah. Dia bekerja sebagai pemotong daging tetapi terpaksa berhenti kerja apabila kakinya dipotong kerana penyakit kencing manis. Isterinya meninggalkannya dan membawa lari anak-anak bersama kerana tidak mahu hidup dalam kesusahan. Hidup Senna berubah apabila memenangi wang loteri berjumlah $16.8 juta. Senna akhirnya didampingi wanita berusia 25 tahun lebih muda darinya bernama Adriana. Wanita itu mula berminat dengan Senna kerana wang loteri tersebut. Mereka kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin Adriana menjadi pengurus kewangan dan harta Senna. Dia memujuk Senna supaya membuang nama keluarga dan adik beradik Senna dari wasiat dan meminta separuh dari wang milik Senna sebagai wasiat jika apa-apa berlaku kepada Senna nanti.

Adriana membelanjakan wang Senna dengan mewah, membuka akaun bank dengan duit Senna dan membeli penthouse. Senna akhirnya mengetahui bahawa isterinya curang dan mengatakan bahawa dia akan menarik balik nama Senna dari wasiatnya. Isterinya lari dari rumah. Beberapa hari kemudian Senna telah ditembak mati oleh 2 lelaki bersenjata. Mereka melepaskan 4 das tembakan di kepala Senna sebelum melarikan diri. Polis mendapati bahawa Adriana yang menjadi dalang disebalik pembunuhan itu. Dia dipenjarakan 20 tahun setelah didapati bersalah membunuh suaminya sendiri. 


#6 - Lee R. Kost
Lee Kost memenangi loteri berjumlah $ 250,000. Duit kemenangan dengan pantas sekali memberi banyak masalah kepada Kost. Rumahnya dipecahkan berulang kali. Dia banyak kali dirompak. Kemenangannya juga memperkenalkannya kepada orang baru. Dia bertemu seorang remaja bernama Porsche Sweet. Mereka menghabiskan masa untuk makan malam bersama. Selepas makan malam Sweet mengikuti Kost pulang ke rumah. Sweet telah merancang untuk merompak Kost. Dia membiarkan pintu depan terbuka dan menghantar text kepada 3 teman lelakinya supaya datang ke rumah Kost. Salah seroang dari perompak itu mengacukan pistol kepada Kost dan meminta nombor Pin kepada kad bank dan kad kredit Kost. Selepas mengambil wang dan barang berharga, perompak itu telah menembak Kost hingga mati. Mereka kemudiannya lari menggunakan kereta Jaguar milik Kost tetapi akhirnya di tangkap polis kerana memandu laju. Polis menjumpai pistol di dalam kereta itu dan dapat menyabitkan mereka dengan pembunuhan Kost. 


#7 Craigory Burch Jr.
Craigory Burch Jr. gembira kerana memenangi wang loteri berjumlah $434,272. Namun kegembiraannya tidak lama kerana sejurus selepas mengambil wang kemenangan dia telah mendapat panggilan telefon mengatakan dia di dalam permerhatian dan akan dirompak. 2 bulan kemudiannya kejadian itu menjadi realiti. Rumah Burch telah ditembak menggunakan senjata api dan lelaki-lelaki bertopeng mengelilingi Burch dan keluarganya. Burch yang sedang mendukung anaknya yang berusia 2 tahun merayu meminta belas kasihan kepada mereka dan menawarkan kad banknya kepada perompak bertopeng itu. Namun perompak2 itu berang kerana tidak menemui wang dan wallet Burch. Mereka menembak kedua belah kaki Burch dan lari. Tetapi mereka masuk kembali ke dalam rumah dan menembak Burch hingga mati. Kekasih dan anak Berusia 2 tahun itu tidak diapa-apakan. 7 orang telah ditangkap terbabit di dalam rompakan dan pembunuhan tersebut.


#8 - Maria Lou Devrell
David dan isterinya Maria Lou Devrell sangat gembira memenangi wang loteri berjumlah $5 juta. Mereka mengupah teman lama mereka, Peter sebagai penasihat kewangan dan menguruskan wang dan harta mereka. Peter diberi kuasa penuh ke atas segala urusan yang berkaitan dengan kewangan dan urusan bank untuk keluarga Devrell. Peter tidak bersetuju dengan perangai Maria yang kuat berbelanja mewah. Dia berusaha untuk berbincang dengan David dan kejadian itu menyebabkan perbalahan antara Maria dan Peter. Peter pulang dengan rasa marah dan kembali ke rumah Devrell dan memukul kepala Maria hingga mati. Dia menampakkan kes itu seolah-olah kes rompakan. Namun Peter ditangkap 2 minggu kemudian. Polis mendapati bahawa Peter yang banyak membawa kerugian kepada keluarga Devrell kerana tidak pandai menguruskan duit tetapi Peter menyalahkan Maria kerana menghabiskan duit. Oleh kerana tidak bersetuju antara satu sama lain Peter akhirnya membunuh Maria. 

#9 - Arturo Eufemia
Pasangan Arturo and Leticia Eufemia dari Filipina telah memenangi jackpot bernilai $390,000. Mereka mengeluarkan $100,000 dan menyimpan baki selebihnya ke dalam bank. Mereka sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan berita kemenangan mereka tetapi gagal. Arturo tidak dapat mengawal dirinya dari berpesta setiap hari. Ini membuatkan isterinya marah dan membawa anaknya lari dan tinggal ditempat berasingan untuk beberapa hari. Suatu malam selepas kawan-kawan Arturo pulang, sekumpulan perompak telah masuk ke dalam rumah dan meminta wang. Arturo yang masih lagi mabuk melawan mereka dan menembak mereka dan terkena salah seroang perompak. Perompak-perompak itu akhirnya bertindak membunuh Arturo. 10 orang telah ditangkap dan salah seorang darinya adalah sepupu kepada Arturo sendiri. Sepupunya dikatakan marah kerana Arturo enggan meminjamkan duit sebanyak $9,000. 


#10 - Bazil Thorne
Pada tahun 1960, Bazil telah memenangi wang loteri berjumlah $1.5 juta. Dia dan keluarganya telah muncul di muka depan suratkhabar dan artikel itu lengkap memberi nama, alamat dan jumlah wang yang dimenangi. Berita itu mengundang perhatian Stephen Bradley yang juga ingin merasa duit kemenangan tersebut. Dia menculik anak Bazil yang berusia 8 tahun dan meminta wang tebusan sebanyak $400,000. 8 jam kemudian dia menelefon lagi memberi arahan supaya meletakkan duit itu di dalam 2 beg kertas dan meletakkan telefon tanpa arahan seterusnya. Bradley sebenarnya panik kerana dia telah tersilap memberikan dadah yang berlebihan kepada anak kecil itu. Anak itu telah mati kerana terlebih dos. Beberapa hari berlalu tanpa berita. Akhirnya polis menemui mayat kanak-kanak malang itu di padang pasir. Bradley ditangkap tidak lama kemudian dan didapati bersalah. Dia dipenjarakan seumur hidup.

Bukan semua duit membawa kebahagiaan, kebanyakkan memberi kecelakaan pula. Apabila kita kaya kita menjadi target. Tidak kiralah kita insan yang pemurah atau kedekut kita tetap menjadi buruan dan perhatian penyangak. Di USA pemenang loteri wajib dipaparkan di suratkhabar. Ini menjadikan masalah kepada pemenang-pemenang loteri di negara itu.

source
Dikuasakan oleh Blogger.