Cerita touching realiti kehidupan | Suami yang banyak berkorban


Tadi aku terbaca satu artikel yang tiba-tiba membuatkan aku sedih dan teringat kepada suami aku. Aku rasa cerita seperti ini sangatlah normal pada zaman ini. Rasanya suri-suri rumah atau isteri dari keluarga yang bertaraf sederhana faham maksud cerita ini...atau boleh relate dengan situasinya. Mari baca artikel tersebut.

MENGHARUNGI ERA GLOBALISASI DAN KAPITALISMA... SECEBIS KISAH YANG BIASA KITA DENGAR KEBELAKANGAN INI

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bil.

Bil air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00, bayar duit kereta RM700.00, bil telefon suami dan isteri RM200.00, bil elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak2 RM150.00 ...serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak2 untuk sebulan.

Lalu berbekalkan duit baki RM750.00, balik ke rumah sambil jemput isteri dari tempat kerja... terus disambut oleh isteri dengan satu soalan "hari ni hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur... banyak yang dah habis. Malam ni kita bawak bebudak makan luar la yer sebab I tak laratlah nak masak... bebudak pun esok hari Sabtu cutikan?" Fuhhh... bertalu2 bunyinya. Suami hanya mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak2 dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari Isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan baru". Isteri spontan menyampuk "Mintak kat ayah... ayah baru dapat gaji tu.

Lepas tu anak yg sulung pula mencelah... "Ayah, kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan. Ni dah dekat nak peperiksaan ni". Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong.

Kemudian bila selepas waktu maghrib, berangkatlah anak-beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu, singgah dulu isi minyak kereta RM50.00 dan langsung ke kedai makan. Makanlah anak-beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00. Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah deng suami hanya tinggal gaji yang baru sahaja dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Keesokannyer pagi Sabtu, si isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dgn modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50... manakala menjelang petang si isteri dan anak2 ajak suami jalan2 di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak2.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00.

Sesampai sahaja di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak2 pula nampak baju tidur anak2 yg berharga RM15.00 sehelai. Si isteri pun selamba kata "Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh... belikan diorang yg baru ni yer. Murah jer RM15.00 hengget. Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak2.

Lalu mereka terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama2 tetapi dalam perjalanan nak pulang anak2 merengek dahaga dan lapar mintak singgah di kedai makan. Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak2 pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal kini selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.

Esok hari Ahad... isteri suh pergi kedai pagi2 lagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami pun modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00. Malamnya pulak beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal... lalu isteri menjawab dgn sinis "Kalau ajak balik kampung saya jer takder duit... kalau ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit... mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit... Abang ada pompuan lain ke??"

Terpinga2 si suami. Nak dijawab karang jadi perang... nak diceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu... hmmm ntah ler. Si suami tunduk senyap.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah.


Sekian. Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Allahu'alam... Wassalam


*Terima kasih suamiku..I Love You.
Dikuasakan oleh Blogger.