Di Pintu Syurga | Missing You


Hari ini aku sangat merindui dia. In fact hari-hari aku merindui dia. Kadang-kadang aku macam angau. Aku membayangkan dia di mana-mana. Kadang kadang aku terfikir normalkah aku? Tadi radio memainkan lagu Kekal nyanyian Ziana Zain. Bertambah sebak aku memikirkan. Dulu dia selalu menyanyikan lagu itu untuk aku.

Kesepian kini
menyusuri hari
syair nan dirindu
kau bawa bersama
tinggallah irama
terus kulagukan
kekal ia bersama
serpihan harapan
kita yang punah

Aku kenal dia sejak usia aku 18 tahun. Dia bukan orang yang senang didekati. Dia tak open macam orang lain dan dalam dunianya yang tersendiri. Dia tak cantik macam orang lain. Dia gemuk, rambut dia messy, pakaian dia messy, lifestyle dia messy. Orang lain memang tak pandang dia. Tapi bila kau dah kenal dia....hati dia besar sangat.

Hidup aku tak pernah bahagia macam orang lain. Bila arwah mak aku pergi...aku tiada tempat lain untuk menumpang kasih tapi Allah hadiahkan dia kepada aku. Dia terlalu istimewa. Aku tiba-tiba mendapat kasih sayang penganti kepada arwah mak. Dia isi kekosongan hati aku. Aku isi kekosongan hati dia. Dia lost aku pun lost. Kami dua-dua missing soul layari hidup bersama.

20 tahun lebih...bukan singkat. Ke mana saja kami berdua. Susah senang bersama. Bila aku sedih, dia peluk aku. Bila aku lapar dia masakkan untuk aku. Bila aku buat benda bodoh dia gelakkan aku. Bila dia buat benda bodoh aku gelakkan dia balik. Bila aku nak dengar lagu, dia nyanyikan lagu untuk aku. Suara dia sedap sangat. Sayangnya society takkan pandang orang macam dia.

Biarpun kami berdua orang yang lost dalam kehidupan, gabungan kami cukup serasi. Kami lupakan semua kekosongan dan hadapi hidup dengan hilai dan gelak ketawa. Aku boleh bercakap apa saja dengan dia. Dia boleh cakap apa saja dengan aku. Kami saling memahami.

Kadang-kadang kami bincangkan benda bodoh yang tak masuk akal selepas tu kami akan ketawa macam orang gila. Kadang-kadang kami bergaduh. Pernah lebih setahun kita orang tak jumpa sebab tak kawan. Lepas tu kami kawan balik. Things back to normal. Tapi lepas tu kadang-kadang bergaduh balik, merajuk, lepas tu gelak balik. Omg i miss her...like crazy


Aku banyak kawan lain. Aku pernah taip dalam cerita-cerita terdahulu yang aku ni party girl. Aku macam penyeri majlis. Sebenarnya sejak kenal dia. Konfiden aku meningkat. Hidup aku menjadi ceria. Aku jenis suka ketawa dan buat lawak. Tak susah untuk tarik perhatian bila kau jenis ceria dan selalu ketawa. Lupa pula nak bagitahu, aku agak loaded juga masa tu maka banyaklah gula yang datang dekat.

Tapi bagi aku dia seorang je kawan baik aku. Yang lain pelakun pembantu, dia pelakun utama. Sebanyak mana kawan yang aku jumpa. Sekaya mana mereka, secantik mana kawan baru aku tu, dia tetap no.1. Dia takde hidup aku tak lengkap. Sebenarnya dia bukan kawan baik dah pun, dia macam family. Bila hari raya, dia bukan raya dengan family dia. Dia sibuk masak rendang untuk aku sebab dia tahu aku takde sesiapa kecuali adik aku. Jadi dia layan adik aku macam adik dia juga.

Orang yang selalu susah untuk didekati selalu orang yang istimewa. Dia tak terima orang sebarangan untuk masuk dalam hidup dia tapi dia terima aku. Aku rasa sangat bertuah sebab tu aku kata...Allah saja temukan aku dengan dia sebagai peneman. Allah tahu apa yang aku perlukan dan Allah tahu apa yang dia perlukan.

Bukan senang berkawan dengan aku. Life aku tiba-tiba bergemerlapan macam lampu neon. Kawan-kawan aku yang baru aku kenal semua nya glamour dan punyai lifestyle yang berbeza. Aku dah cakap tadi dia lain. Gabungan dia dan kawan-kawan aku ibarat budak nerd yang taksub maths dan science dengan pom pom girls. Budak-budak tu pulak betul-betul layan dia sebab aku je. Kalau aku takde memang diaorang buat-buat tak kenal je dengan dia. Pandang pun tak nak. Sebab tu aku tak suka, Aku tak suka orang-orang fake yang pandang status, rupa, gaya.

Aku bersyukur arwah mak ajar aku yang semua manusia equal. Melihat perangai kawan-kawan sebegini membuat aku sayangkan dia lebih lagi. Terlalu banyak dia korbankan, hati, keluarga dan kasih sayangnya untuk aku. Dia memang lebihkan aku dari keluarganya.


Biarpun kitaorang dah ada family dan anak-anak, kami masih berkawan.  Sekali sekala kami keluar bersama. Gelak ketawa dan bercerita benda-benda bodoh. On dan Off gaduh, kecik hati, tak kawan, lepas tu kawan balik, walaupun dah tua-tua. Memang kelakar.

Tapi kita semua tahukan. Tiada yang kekal di dunia ini.

5 tahun lepas..bulan mac...aku tengah merajuk dengan dia. Aku tak call dan tak tanya khabar lebih dari 3 bulan tapi aku tiba-tiba teringat memori kelakar. Aku call dia nak ingatkan dia tentang hal tu tapi yang jawab adalah mak dia.

"Rosi, Lin baru je pengsan dalam bilik air, dia koma, mak cik tengah tunggu ambulan datang"

Kelam kabut sekali aku bersiap untuk pergi melihat keadaan dia tapi dia dah takde....

Masa jenazah dia sampai aku rasa macam dia nak prank aku. Aku masih tak dapat terima kenyataan. Biarpun ramai manusia membanjiri rumah dia, aku masih rasakan yang mereka prankkan aku. Aku lihat dia berbaring di tengah rumah. Aku keraskan diri macam batu sebab aku fikir dia akan bangun dan jerit "prank" atau "surprise"!! Aku tunggu dan tunggu tapi takde. Dia memang dah takde. Selepas beberapa jam adik dia tanya, tak nak tengok Kak Lin ke?

Aku diamkan diri sebab aku masih berharap semua ini prank. Adik dia faham. Dia tarik aku dan buka selimut yang menutupi jasadnya. Aku tengok dia macam tidur. Tenang je muka dia. Dia memang dah takde. Aku dah hilang dia. Sedih sangat. Aku rasa lost sangat. Cuma saat pemergian dia, aku telah ada suami dan anak-anak jadi aku kena kuatkan hati. Jika tidak aku tak tahu macamana. Dia macam kepingan puzzle. Bila dia ada, lengkap puzzle aku. Bila dia takde ada benda yang tak cukup.

Missing a piece of my heart.

Gosh i miss her so much. Dah 5 tahun. Tiap hari aku masih merindui dia tanpa henti. Aku sentiasa bercakap dalam hati....jika ada hidupan lain selepas ini, aku mahu dia menjadi kawan baik aku lagi. Dalam suasana berbeza. Aku nak kami sama-sama sepadan dalam semua hal. Aku tahu dia banyak memendam rasa. Aku tahu dia banyak suffer dalam diam hidup dalam society aku. Tapi dia sacrifice apa yang dia tak suka supaya kami kekal berkawan, supaya kami dapat bersama.

I miss you. Not in some cheesy, let’s hold hands and be together forever kind of way. I just miss you. Plain and simple. I miss your presence in my life. I miss you always being there for me. I miss my best friend. Aku sayangkan dia sangat-sangat...

Allah...tempatkan dia di sisi orang-orang yang soleh...amin


Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga


Ohhh potong bawang pula pagi-pagi ni...sobs

carian untuk
kisah benar
kisah sedih
kisah aku dan dia
Dikuasakan oleh Blogger.