Fasha Sandha dan Ustaz Rock Hanya Bersahabat


KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai jejaka yang menemani Fasha Sandha ke sebuah majlis, baru-baru ini, terjawab apabila aktres itu mendedahkan lelaki berkenaan adalah orang yang dimaksudkan pernah menyatakan perasaan rindu.

Sejak beberapa hari lalu, heboh kononnya pelakon jelita itu mempunyai kekasih baharu apabila beliau tampil bersama seorang pemuda pada sebuah acara dan berkongsi gambar mereka bersama di laman Instagram.

Fasha, 33, berkata jejaka yang diperkenalkan sebagai Mukhlis atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock itu turut memanggil beliau dengan panggilan Nur.

Katanya, mungkin lelaki berkenaan mahukan kelainan apabila memanggil beliau dengan pangkal namanya itu.

Bagaimanapun Fasha menganggap hubungan mereka sebagai seorang sahabat walaupun pemuda terbabit dilihat sanggup datang ke ibu kota dari Kelantan untuk berjumpa dengannya.

"Setakat ini, kami hanya berkawan. Benar, dia pernah menyatakan rindu pada saya, tetapi saya tidak membalas perasaan itu buat ketika ini. Kesibukan tidak memberikan ruang untuk saya rindu pada sesiapa, kecuali anak-anak saya.

"Saya hargai apabila dia menyatakan sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya dan anak-anak, namun saya menerima perkara itu dengan positif.

"Panggilan Nur untuk saya pula mungkin kerana dia mahukan kelainan. Nama saya Nur Fasha Sandha, mungkin dengan panggilan itu, dapat membezakan dirinya dengan orang lain," katanya kepada BH Online.

Tambah Fasha, beliau kini begitu sibuk dengan penggambaran drama, Syurga Yang kedua, yang memerlukan komitmen cukup tinggi.

Justeru, tegasnya, tidak mungkin beliau dapat memberikan masa untuk dirinya bercinta ketika ini.

Sabtu lalu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran seorang jejaka di sisi aktres terbabit pada majlis persandingan pelakon, Ummi Nazeera.

Ramai yang mengandaikan Mukhlis mungkin lelaki yang mendapat tempat di hati Fasha sejak beliau bercerai pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, ditanya mengenai kejutan dilakukan Mukhlis sehingga menimbulkan rasa kurang selesa, kata Fasha, lelaki berkenaan pernah menghantar makanan kepadanya dan mereka hanya sempat berjumpa untuk tempoh lima minit.

"Benar, memang dia pernah datang ke lokasi saya untuk menghantar makanan dan saya hanya dapat berjumpa dengannya selama lima minit. Apabila di tempat kerja, saya akan fokus dengan kerja saya kerana karakter saya lakonkan amat berat," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Sumber: Berita Harian


Iyalah tu Fasha...Nur maksudnya cahaya. Rasanya lelaki itu ikhlas dengan Fasha...Moga-moga hubungan kalian kekal supaya Ustaz Rock dapat membimbing Fasha. Pilih jodoh kerana agamanya bukan hartanya...hah tapi Ustaz Rock ni bukan calang-calang juga orangnya tau.

Mari berkenalan serba sedikit dengan Ustaz Rock ini. Nama sebenarnya ialah nama sebenarnya Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan berusia 26 tahun. Beliau pelajar lulusan Ijazah dalam Pengurusan Pembinaan dari Universiti Limkokwing.

Mukhlis digelar Ustaz Rock kerana aktif mengajak orang ramai mengaji secara langsung di Instagram dan beliau juga merupakan duta kepada mengaji.com dan pengasas sebuah produk pemakanan dan kecantikan.

Dahlah kacak, pandai agama pula, dahlah pandai agama, jutawan pulak tu. Untunglah siapa dapat Ustaz Rock ni :-)

sumber gambar : Astro Gempak
Dikuasakan oleh Blogger.