Gadis-Gadis Yang Berwajah Mirip Seperti Anak Patung Hidup




Bagi mereka cute tetapi bagi saya creepy untuk tinggal bersama gadis-gadis ini. Mana tidaknya rupa dan bentuk badan mereka sebijik seperti anak patung hidup. Ada yang mengaku obsess dan membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti anak patung barbie, ada yang mengatakan bahawa mereka kelihatan seperti anak patung kerana teknik makeup dan ada juga mati-mati mengatakan memang mereka dilahirkan begitu. Memang sukar untuk percaya bahawa bentuk badan dan rupa mereka seperti itu adalah natural. Betulkan?

Mari berkenalan dengan mereka.


1-Anastasiya Shpagina
Gadis Ukraine yang berusia 19 tahun ini mengakui melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti anak patung. Bukan sekali dua dibedah malahan lebih dari sepuluh kali dia dibedah supaya tercapai cita-citanya untuk kelihatan cute seperti anak patung. Dia melakukan pembedahan di perut supaya ramping dan mengamalkan diet tanpa daging untuk mengekalkan kerampingan perutnya supaya tampak seperti barbie doll. Dia juga membuat pembedahan di matanya supaya tampak besar dan bulat.



2-Valeria Lukyanova
Valeria Lukyanova juga dari Ukraine dan teman rapat kepada Anastasiya ( Gambar 1 ). Dia berusia 31 tahun dan juga mengaku melakukan banyak pembedahan plastik untuk kelihatan seperti barbie hidup. Well, dia memang berjaya untuk tampak seperti Barbie tetapi saya tidak dapat membayangkan kesakitannya melakukan pembedahan yang bukan sekali tapi banyak kali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.



3.Lolita Richi
Lolita juga dari Ukraine dan berusia 16 tahun. Lolita menafikan setegas-tegasnya bahawa dia melakukan pembedahan plastik atau mengubah gambarnya menggunakan photoshop. Mungkin agak payah untuk diterima akal kerana saiz pinggang 20 incinya dan ukuran buah dadanya terasa tidak real untuk gadis normal yang berusia 16 tahun.


4.Dakota Rose
Dakota berusia 21 tahun dan berasal dari Chicago, USA. Dakota Rose adalah gadis yang mempunyai bakat dalam bidang make up. Wajahnya dimakeup supaya tampak seperti watak anime Jepun. Memang comel, kan?

Sekian saja...:)
Dikuasakan oleh Blogger.