Ibu tendang anaknya yang masih kecil di jalanan membuat netizen marah. Namun alasan ibu tersebut mengundang simpati


Seorang ibu menjadi kecaman netizen apabila menendang anak kandungnya yang masih kecil bertubi-tubi di jalanan sehingga anaknya jatuh tersungkur. Perbuatan itu dilakukan di tempat umum lantas dirakam di video. Tersebarnya video itu membuat netizen geram dan marah terhadap ibu tersebut.

Kejadian itu terjadi pada 9 Mei 2017 lalu di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang, China. Seramai lebih dari 100 orang membuat repot ke balai polis berkenaan tindakan kejam ibu tersebut.

Di depan Polis ibu yang bernama Huang itu menangis meminta maaf dan mengakui dia gagal mengawal emosi pada waktu itu.

Huang mengatakan dia tertekan kerana gagal mendapat kerja. Tiada perusahaan yang mahu menerima dia bekerja kerana mempunyai anak kecil yang mengikutinya. Huang adalah ibu tunggal setelah berpisah dengan suaminya. Hidupnya sukar dan sering kelaparan.

Selepas gagal mendapatkan pekerjaan, anaknya menangis kerana lapar. Dan minta dibelikan sosej yang terjual di jalanan. Lantas dengan sisa duit yang ada, dia membelikan anaknya sosej. Tetapi anaknya buat perangai dan marah kerana sosej itu panas dan meludah sosej tersebut.

Kerana itu Huang hilang kawalan diri dan menendang anaknya. Dia turut mengaku bahawa dia tinggal di jalanan bersama anaknya. Dia mengaku sangat menyayangi anaknya tetapi sering juga memukul anaknya kerana tekanan emosi.

Setelah bercerai keluarga Huang tidak mahu menerimanya menyebabkan dia tiada tempat tinggal.

Dia mengatakan bahawa dia sering memberi makan kepada anaknya biarpun duitnya menipis, dia akan memastikan anaknya makan terlebih dahulu, manakala dia hanya minum air kosong dan berlapar setiap hari.

Cerita ibu tunggal yang berjuang untuk hidup di jalanan itu akhirnya membuat netizen yang pada awalnya geram, bertukar menjadi simpati. Mereka mengumpul duit untuk membayar rawatan anak kecil itu.

Ayah budak kecil itupun turut hadir membayar rawatan anaknya apabila melihat video anaknya ditendang itu di laman sosial.

Realiti dunia...
Duit bukanlah lambang kebahagiaan namun tanpa duitpun susah untuk bahagia. 
Dikuasakan oleh Blogger.