Jenis-jenis lelaki yang patut kamu elak dari menjadi teman hidupmu


Kalau kamu belum berkahwin, atau pernah bercerai dan ingin mencari teman hidup, kamu mungkin bertemu post yang sesuai untuk pedoman. Nasihat ini datangnya dari wanita-wanita yang pernah berkahwin dan terpaksa memendam rasa atau tersiksa dalam diam menghadapi kerenah-kerenah lelaki jenis sebegini.

Sememangnya kalau dah jodoh memang kita tak boleh berbuat apa-apa tapi kena terima segala kekurangan pasangan kita tetapi kalau boleh elak, elaklah dari jatuh cinta dan berharap untuk hidup happily ever after dengan lelaki-lelaki jenis ini. Maksud saya memang jodoh dah ditentukan oleh Ilahi tapi kadang kala sebelum berkahwin kita diberi pilihan. Korang tengoklah kalau belum berkahwin dia dah ada sifat-sifat seperti di bawah...try la avoid untuk mengelak korang sendiri yang makan hati nanti.


1 -Jenis panas baran
Panas baran boleh dikategorikan kepada dua jenis. Panas baran jenis memukul, membaling barang dan sebagainya dan panas baran jenis vokal. Di mana kedua-duanya memang sesuatu yang susah untuk dikawal. Ini terjadi kerana empunya diri tidak mempunyai sifat boleh mengawal diri dalam menghadapi apa-apa situasi yang susah.

Kedua-dua jenis ini susah hendak dipulihkan. Kecuali dari kehendak empunya diri sendiri. Memukul wanita atau kanak-kanak bukan lelaki sebenar dan vokal mendera kita yang mendengarnya. Dua-duanya toksin kepada hidup kamu. Masa dan ubat-ubatan boleh memulihkan sakit fizikal namun bagi yang sudah biasa memukul, ianya telah menjadi tebiat dan sukar untuk berhenti. Kamu dan anak-anak yang akan jadi mangsa nanti.

Manakala jenis vokal lain. Si baran itu mengeluarkan kata-kata pedih kerana tidak bisa mengawal emosi. Ingat! sakit fizikal masih boleh diubati manakala sakit di dalam hati kita bawa sampai mati.

Kalau dia jenis baran terhadap orang lainpun susah juga. Yang jenis ni tak usik kau atau anak kau tapi dia jenis tak boleh kontrol marah dia dengan orang lain. Bayangkan jika silap sikit dia ajak gaduh, kerana hal-hal kecil dia angkat kayu untuk belasah orang. Korang juga duk kluar masuk balai polis untuk jamin dia depan-depan.

Avoid lelaki jenis baran at all cost, girls.


2 -Jenis kuat mencarut dan bercakap kasar
Kalau kamu tidak ingin anak kamu mempunyai ayah yang mencarut 24/7, jauhi jenis lelaki yang kuat mencarut. Lelaki yang kuat mencarut selalunya didatangkan dengan pakej ego dan tidak akan menerima nasihat. Lagi kau minta dia berhenti lagi kuat dia mencarut untuk sakitkan hati korang. Bayangkan jika perkataan, Puxxxxmak. babx, anak anak dengar dalam semua situasi. Letih kau girl nak layan dan bagi nasihat dekat anak kau kalau yang bagi contoh tak baik tu bapak dia sendiri. Kalau jenis kuat mencarut dengan kawan-kawan dia je tak apa lagi tapi kalau semua situasi dan tanpa rasa bersalah mencarut  depan anak, depan orang tua, depan cikgu-cikgu sekolah anak, haru haru......Avoid girl, avoid girl..makan hati korang nanti.

Kalau nak juga silalah bertahan mendengar dia panggil anak kau sendiri BODOH 50 kali sehari. Bertahan jugalah kena maki memanjang, oK?

3 -Jenis berkira
Jenis kedekut atau berkira. Kalau setakat nak berkongsi makan, atau nak menolong orang, atau nak hulur duit sikit untuk orang tuapun berkira, kau jauhilah. Orang yang berkira sangat bukan orang yang baik. Kalau kau minum, makan lebih kang dia marah takut kena bayar lebih. Kalau kau bagi kucing jalanan makan pun bagi dia rugi. Susah nak handle orang berkira i cakap u. Nanti bila dah berkahwin dia berkira nak bayar bil, berkira nak beli duit dapur, berkira masa kau nak tolong mak ayah. Payahkan? Avoid lelaki jenis ni walau sehandsome mana pun rupa dia.

4 -Jenis tak hormat orang tua
Ah jenis ni memang patut dijauhi. Jenis tak hormat orang tua adalah akar kepada tak hormat semua jenis orang dan semua usia. Dia bebas berbuat apa saja bila dah kahwin nanti hatta lempang kau depan mak ayah korang, maki hamun mak ayah dia sendiri, main tolak je budak-budak kecil. Payah nak handle jenis ni kalau dah memang kekurangan sifat hormat. Kalau dengan orang tua dia tak hormat, kau fikir dia akan hormat kau sebagai isteri? Jangan harap!


5 -Jenis tak ada timbangrasa
Jenis tak mahu menolong langsung buat kerja rumah. Makan dia kau mesti hidang. Dia tak akan cuci walau 1 bijik  pinggan pun. Dia sanggup berlapar selagi kau tak serve. Tak kiralah kau letih ke, kau baru balik kerja ke, kau demam ke,  kau mesti layan dia sebab dia SUAMI dan kau ISTERI. Dia ni betul-betul berpegang pada kata-kata "Syurga di bawah tapak kaki Suami" Kau dibuat seperti abdi. Dia juga kuat memerintah.

Jenis ni ada 2 jenis.

1. Jenis tak buat sebab layan ego seorang lelaki dan takkan berubah sampai bila-bila
2- Jenis tak buat sebab dia malas tapi dia berubah bila kau takde atau bila kau sakit.

Yang jenis 2 kau boleh harapkan lagi masa kau bersalin ke, balik kampung ke...kalau jenis no.1, nangis lah kau time lepas bersalin atau sakit pening. Bila kau balik kampung tinggalkan dia di rumah atau kau baru balik dari kerja outsation, stand by je lah untuk terus mengemas rumah dan mencuci pinggan biarpun kau baru balik dan kepenatan sebabnya bau rumah bau pekung, pinggan dah berulat dan sampah tak berbuang.

Ada juga yang jenis rumah nak kemas memanjang, bersepah langsung tak boleh. Dia tak peduli kau kerja ke tidak. Kalau kau tak kerja lagilah teruk kau diperintah.


6 -Jenis mata keranjang
Jenis yang depan kau pun tak boleh tengok perempuan lawa dan seksi. Bayangkan belum kawin dah macam gitu. Tak reti nak jaga hati kau. Lepas kahwin macamana pulak, kan? Kalau kau ada boyfriend yang bila perempuan lalu, dia menoleh untuk tengok montot perempuan tu, avoid, kalau boyfriend kau jenis merenung buah dada perempuan yang lalu pun avoid, avoid at all cost beb.

7 -Jenis cemburu buta
Jenis ni memeningkan kepala. Dia jenis tak percaya dengan apa kau buat. Dia akan periksa dan check kau gi mana dan dengan siapa. Lepas tu dia tak percaya pula apa kau cakap. Susah ni. Cemburu buta ada kena mengena dengan penyakit mental dan dia mungkin boleh menyakiti kau bila cemburu gila dia datang.

8 -Jenis tak ada motivasi
Jenis tak tahu apa dia nak dalam hidup. Tak nak bekerja atau bila bekerja asyik berhenti dan asyik bertukar kerja. Sememangnya dia tak ada motivasi untuk berjaya. Susah kalau jumpa lelaki macam ni. Silap-silap kau kena tanggung dia seumur hidup.

9 -Jenis tak malu pakai duit korang
Jenis kalau belum kahwin pun tak segan silu untuk check wallet korang atau handbag korang. Jauhi je la awal-awal. Lepas kahwin kau bayangkan je la apa jadi kalau dia jenis tak ada rasa bersalah dan malu untuk guna duit korang. Kalau korang rasa korang terlebih kaya dan redho tak per ler.


10-Jenis ada suka berjudi, minum arak dan hisap dadah
Ketagihan 3 perkara ini iaitu judi, arak dan dadah ini bukan saja menyusahkan diri sendiri malahan orang sekeliling terutamanya keluarga. Ketagihan ketiga-tiga perkara ini memberikan segala masalah besar berkaitan duit, layanan terhadap isteri dan anak-anak, memukul bahkan membunuh. Banyak masalah dan perkelahian suami dan isteri berpunca dari ketagihan judi, arak dan dadah. Maka jauhilah dari berkahwin dengan mereka yang punyai ketagihan ini.

Sebelum berkahwin buka mata dan tengok betul-betul. Adakah lelaki-lelaki yang korang tengah date sekarang lelaki yang sesuai untuk jadi suami dan ayah kepada anak-anak korang. Pilihlah betul-betul. Depan-depan dah beranak pinak dah susah. Bukan semua lelaki nak lepaskan kau kalau kau minta untuk berpisah bila kau rasa tak sesuai. Setengah lelaki lebih rela gantung kau tak bertali dari lepaskan kau pergi. Ada yang belasah kau bila kau kata nak bercerai. Ada juga yang sanggup berparang bila kau balik rumah mak bapak kau. Lelaki ada macam-macam jenis. Ramai yang baik di luar sana tapi ada juga yang toksin. Bukan semua orang civilized dalam hidup ni. Pilih yang elok-elok ok?

Selalu berdoa kepada Allah supaya diberi jodoh yang baik. Jangan sekali-kali berfikir yang kamu berkemampuan dan boleh mengubah seseorang. Mungkin boleh tetapi kamu akan makan hati terlebih dahulu dan segelintir saja yang mahu berubah. Kita tidak akan dapat mengubah seseorang kecuali dengan keizinan Allah. Dan Allah pula takkan dengan mudah-mudah mengubah seseorang kalau empunya diri tidak mahu berubah.

terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. .... إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Hidup kita di dunia ini pasti ada ujian hidup masing-masing. Kadang kala semasa bercinta atau semasa dating lain perangainya, lepas kahwin lain pula perangainya. Hidup ini kadang-kadang bergantung pada nasib juga. Kau dah pilih elok-elok, tiba-tiba dia berubah pula. Kebahagiaan hidup kau dan masa depan kau bergantung pada jodoh yang korang dapat, girls...kita perempuan, bila dah berkahwin, kita kena jadi isteri yang patuh. Kalau tak patuh, kita dilaknat dan mendapat dosa besar, kalau dipatuh, kita yang sengsara kalau dapat suami yang jenis toksin begini. Namun besar ganjarannya di sisi Allah jika kamu redha, terus taat dan bersabar dengan kerenah suamimu.

Berdoalah selalu supaya ditemukan dengan jodoh yang baik yang bisa membimbingmu dan membawamu ke syurga.

Mungkin kata-kata di atas sedikit kasar tetapi kebenaran memang menyakitkan.

Wallahualam. Kalau salah betulkan.
Dikuasakan oleh Blogger.