KISAH BENAR PENGALAMAN DI MEKAH | LELAKI PENZINA TAKUT HENDAK MASUK KE MEKAH


“Ustaz, saya nak batal pergi Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul pada saya. Wajah Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan ketakutan. 

Mendengar kata-katanya saya terus geleng kepala. Saya beritahunya tidak lama lagi kami akan benolak ke Jeddah. Mana boleh Zul batalkan pemergiannya pada saat-saat akhir.

Saya bertanya kepada Zul kenapa tiba-tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak rarnai orang dan membuka cerita. Cerita Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai perempuan. Ada antara perempuan itu sudah berzina dengannya sampai berpuluh-puluh kali.

“Salah seorang dah jadi isteri kedua saya. Kami nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz…” cerita Zul pada saya dengan penuh kesal. Akibat takut banyak dosa, selepas mendaftar untuk ke Mekah, Zul memberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan. Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut apabila tiba di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar ceritanya saya hanya tersenyum dan terus memberi semangat kepadanya.

“Alhamdulillah. Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan dosa-dosa lalu itulah taubat namanya. Awak dah bersih. Kalau awak tak tidur sebab takut dosa-dosa lalu, awak orang yang balk. Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata saya memberi semangat pada Zul. Bagi saya, Zul hanya jahat berkaitan perempuan saja. Selama saya mengenalinya, Zul seorang yang pemurah. Setiap kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di masjid. Malah Zul juga banyak membantu orang-orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk bersedekah.

Bagi meyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti. “Ya Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung. Kalau bala tu tiba, biar aku yang terima,” kata saya penuh redha dan berharap Zul akan terus ke Mekah. Bila mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke tanah air. Suatu malam, semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah.

Sebabnya waktu itu kawasan lantai sekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan. Sekitar kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap, dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam kawasan yang dilarang masuk kerana lantainya belum kering sebab ia baru dicuci. Baru hendak sembahyang tiba-tiba saya ditarik oleh seorang anggota polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu. Tapi apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota polis berdiri mengelilingi Zul yang sedang bersembahyang.

“Mereka jaga Zul supaya tak ada jemaah lain yang mengganggu Zul ketika bersolat. Malah orang yang membersihkan lantai juga ada di sebelah Zul. Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat-cepat mengeringkannya dengan mop. Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota keselamatan yang bertugas. Itulah kebesaran Allah. Zul yang sebelum itu dihantui dosa-dosa silam mendapat kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin disebabkan Zul benar-benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmati-nya semasa berada di Tanah Suci. Jemaah-jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau termasuk saya sendiri. Allah benar-benar memuliakan Zul sebagai tetamuNya. Malah segala urusannya di Mekah, Allah permudahkan tanpa sebarang masalah. Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang meskipun orang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya.

Saya mendapat tahu, selepas balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah. Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontraktor juga semakin mencurah-curah. Akhir kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi mayat. Kehidupan sebenar adalah di akhirat sana.

sumber : InfoLaju
photoby : Wajid Farooq
Dikuasakan oleh Blogger.