Murid darjah 1 mati dipukul pelajar darjah 6


Hidup ini terlalu rapuh. Kerana itu kita kena berhati-hati dan cuba sedaya upaya untuk mengelak membuat hukuman sendiri. Gara-gara tidak dapat mengawal kemarahan menyebabkan murid darjah enam bertindak memukul dan menendang seorang murid darjah 1. Tindakan itu menyebabkan pelajar darjah 1 itu tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia di hospital.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Nanga Ibun, Sungai Pilla, Batang Rejang, Kapit dan mangsa bernama Nuing Awe. Seorang pelajar darjah 6 di sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan polis namun dibebaskan dengan ikat jamin kerana masih dibawah umur.

Dikatakan pelajar itu berang kerana murid darjah 1 itu mengejek-ngejek nama bapanya.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar dan orang awam supaya berhati-hati dan mengelak untuk membuat tindakan dan hukuman sendiri.

Menyebabkan seseorang mati bukan sesuatu yang indah untuk dikenang. Maunya menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang terlibat. Masa depanmu terlalu berharga untuk dihabiskan di dalam lokap, penjara atau sekolah juvana. Fikir sebelum bertindak.

Bca kisah sepenuhnya di sini


Dikuasakan oleh Blogger.