Pencipta sebenar dan penyanyi asal lagu Tanggal 31 (Lagu Kemerdekaan)

 

Sempena bulan kemerdekaan ni, sajelah nak share info dengan korang pasal lagu "Tanggal 31" yang Allahyarham Sudirman nyanyikan tu. Mungkin ramai yang dah tahu dan ramai gak yang tak tau, so memandangkan aku pon tengah free ni, aku sharelah sikit info dengan korang yang tak tau pasal lagu ni.

Pada suatu hari ketika beburung berkicauan riang, anak dara berkemban ditepi sungai, udara bau petai, semasa di Batam dalam perjalanan di atas sampan untuk membuat persembahan bangsawan di Singapura, lahirlah ilham untuk mencipta lagu Tanggal 31, diatas sampan. Ya! disitulah bermulanya cetusan idea dan rangka lagu tersebut. Cetusan idea oleh Allahyarham Ahmad CB penyanyi lama tahun 60/70an. Arwah dilahirkan di Medan, Indonesia, yup bukan #doneclaim tapi kenyataan. LOL. Dia membesar dan cari makan kat Malaysia dan Singapura.

Kira dahsyat gak la arwah Sudir, sebab masa arwah mintak S.Atan rakamkan balik lagu ni masa tahun 1982 lagu ni tak popular pon. Takde orang tau pon. Nampak tak pemikiran arwah macam mana. Genius kannn. Dia ada visi. Karya yang dia rasa berkualiti, macam Kurt Cobain nyanyikan lagu-lagu Meat Puppets, Lake of Fire, Oh Me, Plateau, Man Who Sold The World (David Bowie) semua tu, padahal sebelumnya takde sapa pon nak layan lagu-lagu tu (kecuali orang-orang yang ada taste muzik yang tinggi, kacak dan hebat macam aku ni..:). Tak dinafikan jugak sebab karisma yang diorang ada membuatkan karya-karya ni terus jadi popular lepas depa nyanyi.

Original lagu ni sebenarnya berentak march dan agak slow, then S. Atan "mengePOPkan" dan merancakkan dia menjadikan lagu Tanggal 31 yang macam kita dengar sekarang ni. Itu je la aku nak citer.

Nak diikutkan Arwah Ahmad C.B ni panjang umur jugak, sebab dia meninggal pun umur 90 lebih camtu, 1906/07-1997 meninggal di Medan.

Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad C.B dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
https://kongxie.blogspot.my/2017/08/pencipta-sebenar-dan-penyanyi-asal-lagu.html

Photo dari Harian Metro: Arwah Ahmad C.B berdiri disebelah kanan, memakai songkok

Kredit: Mohd Firdaus Hassan
 
Dikuasakan oleh Blogger.