Rahsia kecantikan dan awet muda artis bollywood Kajol


Hairan tengok Kajolkan? Korang dah tonton filem Dilwale? Korang perasan tak Kajol ni macam tak berubah langsung. Maintain je dia. Filem Dilwale yang pertama iaitu Dilwale Dulhania Le Jayenge diterbitkan pada tahun 1995. Dilwale tahun 2015. Bayangkan dah 20 tahun berlalu tapi rupa dia macam tu juga. Masa mula-mula saya tonton filem tu saya tak expect nak tengok dia maintain sama je. Saya fikir mesti dah makcik makcik kan? Tapi tak, dia maintain macam anak dara juga. Mari intip rahsia awet muda Kajol pula.

Rahsia kecantikkannya Kajol 

Selalu bersenam
Kajol mempunyai rutin bersenam atau fitness selama 1 hingga 2 jam sehari. Senaman wajibnya adalah squat, deadlift dan push up.

Menari
Kajol suka menari dan memasuki kelas tarian.

Diet yang sihat
Kajol mengamalkan diet berprotein tinggi seperti ikan, daging ayam, telur, kekacang dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat. Dia mengamalkan penggunaan minyak zaitun di dalam permakanannya dan mengurangkan gula. Dia juga tidak mengamalkan makanan tiruan dan makanan ringan.

Minum air yang mencukupi
Kajol minum paling kurang 8 gelas sehari.

Tidur yang mencukupi
Kajol memastikan dia mendapat tidur yang mencukupi. Selalunya dia tidur 8 hingga 10 jam sehari.

Penjagaan Kulit
Cara Kajol menjaga kulitnya adalah simple saja.  Mencuci muka setiap hari dan menggunakan serum serta krim muka. Kajol juga mengelak dari terkena cahaya matahari yang terlampau.

Itulah rahsia kecantikan dan awet muda Kajol.

Sumber gambar : abeautyhub
Dikuasakan oleh Blogger.