Review Drama Korea Paling Best 2017 | SCHOOL 2017


Terbabit. Ya terbabit lagi dan lagi. Macamanalah emak budak boleh terbabit dengan drama budak sekolah pulak ni?  Kerana.....Drama ni surprisingly sweet, funny, ringan dan simple. Sedap ditonton dan tidak boring. Setiap episod buat kita rasa nak dan nak lagi.


Sebenarnya saya skeptikal juga nak menontonnya kerana pelakon-pelakonnya kebanyakkannya muka baru dan muda-muda belia. Tiada hero favorite saya dalam drama ini tapi saya tonton juga kerana kehabisan idea hendak menonton drama apa. Muka yang saya kenali hanyalah Han Sun-Hwa yang sememangnya gojes. Sun Hwa berlakon sebagai pegawai polis dalam drama ini.


Kisah cinta antara 2 pelajar popular ( seorang anak direktor sekolah dan seorang lagi pelajar biasa yang selalu menjadi target cikgu untuk cari salah ) di dalam drama ini  buat kita tersenyum sendiri dan teringat-ingat zaman persekolahan dulu. Awww teringat pulak ex-ex boifren zaman cinta monyet dulu.


Drama ini berkisar tentang budak-budak sekolah tinggi berusia 18 tahun yang menghadapi masalah kerana diskriminasi status sosial. Pelajar kaya dan berkuasa bebas berbuat apa saja kerana ibu bapa sentiasa back up belakang mereka. Dan pelajar-pelajar miskin sentiasa dibuli dan dilayan tanpa pembelaan sewajarnya.

Oleh kerana guru-guru tidak lagi boleh diharapkan dan dipercayai untuk membela nasib mereka, mereka bertindak dengan cara mereka sendiri untuk menegakkan keadilan buat pelajar yang teraniaya.

Agak meluat melihat kelakuan mereka yang terlibat di dalam bidang pendidikan. Ianya membuat saya terfikir benar-benar wujudkah keadaan sebegini di Korea.

Drama ini juga memaparkan perangai-perangai pendidik yang kebanyakkanya bekerja ambil mudah, yang memandang status sosial, yang makan rasuah dan hanya sebilangan kecil saja yang betul-betul menjaga kebajikan pelajar.

Namun biarpun kedengaran berat drama ini dipaparkan secara komedi, ianya juga disulami dengan babak romantik yang comel juga dan kisah persahabatan.

Pelakon utamanya Kim Jung‑hyun sebagai Tae Woon dan Kim Se‑jeong sebagai Eun Ho.

Jike anda pernah menonton drama "Rebel thief who stole the people" anda mesti perasan pada Kim Jung-Hyun. Dia melakonkan watak Mo Ri di dalam drama itu. Jika di dalam drama itu dia membawa watak pembunuh, dalam drama school 2017 dia membawa watak cute, nakal dan kelakar. Pastinya membuat anda tersenyum apabila menonton drama ini.

sedutan watak Mo Ri di dalam drama Rebel Thief  Who Stole The People

Highly recommended kalau suka cerita romantik komedi dan drama ringan.

Drama Korea
Romantic Comedy
Highly recommended
Dikuasakan oleh Blogger.