Review Drama Korea Paling Popular Buat Masa Ini Bride of the Water God ( The Bride of Habaek)


Drama Bride of Water God atau nama lainnya The Bride of Habaek adalah drama Korea yang paling popular buat masa ini. Drama ini diadaptasikan dari manga. Drama ini masih bersiaran pada setiap hari Isnin dan Selasa di TVN.

Saya sebagai penonton drama Korea tahap kronik ingin membuat sedikit review tentang drama ini biarpun sirinya belum tamat lagi kerana saya curious mengapa drama ini begitu popular. Tidak terkira berapa kali saya tertidur menonton drama ini dari episod 1 ke 6. Struggle nak habiskan setiap episod drama ini. Saya tidak faham mengapa saya begitu mengantuk menontonnya sedangkan drama ini terselit babak lawak dan lucu, pelakon yang berbakat dan ada rupa.  Entah berapa kali juga saya terkekek ketawa melihat beberapa babak lucu tetapi berakhir dengan Tv yang nonton saya.

Drama ini berkisar mengenai God kalau ikut pemahaman saya dewa, bukanlah Tuhan Almighty yang mencipta dunia ini tetapi dewa yang mereka panggil Tuhan. Mengisahkan Tuhan Air yang bakal menjadi raja terpaksa turun ke bumi mencari Batu Tuhan sebelum ditabalkan menjadi raja. Di bumi God bernama Habaek itu kehilangan kuasa dan bertemu dengan seorang doktor psikiatri, Yoon So-A yang mana keluarganya telah ditakdirkan turun temurun sebagai pesuruh Tuhan. Yoon So-A menghadapi masalah untuk percaya yang Habaek itu adalah Tuhan kerana Habaek kehilangan kuasa untuk membuktikannya.

Yoon So-A terpaksa melayan kerenah Habaek yang tidak begitu tahu tentang kehidupan manusia yang sebenar kerana sombong dan tidak mahu membuat penyelidikan sebelum turun ke bumi. Mereka akhirnya tiba-tiba menyimpan perasaan antara satu sama lain biarpun menyedari bahawa Habaek hanya turun ke bumi buat sementara waktu saja.

Saya harapkan jalan cerita ini menarik seperti Goblin namun ianya boring. Ya saya rasa jalan ceritanya atau pengarah ceritanya tidak pandai membuat jalan ceritanya supaya menjadi lebih menarik. Bosan ya bosan...episod 1 hingga 6 terlalu bosan namun episod 7 hingga 12 sudah mula menampakkan kemajuannya. Saya akan terus tabahkan hati menonton kerana saya curious ingin tahu mengapa drama ini popular dan akan update berita selanjutnya mengenai drama ini.

Drama ini dilakonkan bersama oleh Nam Joo-Hyuk, Shin Se-Kyung, Lim Ju-Hwan, Krystal, Gong Myung dan lain-lain lagi. Serius saya katakan pelakon bukan masalah utama drama ini. Tetapi jalan cerita atau cara ceritanya dipaparkan agak membosankan.

Sewiously banyak lagi drama-drama Korea yang tak begitu popular dan underrated tapi sangat bagus kerana itu saya suka buat review drama dan filem-filem lama, in case ada orang terlepas pandang. Mungkin drama yang terbaik adalah mengikut bakat penulis skrip & jalan cerita dan cara pengarahnya menyunting dan mengatur cerita. Saya akan sambung review selepas berakhirnya drama ini nanti.

Photo by DramaFever


EDIT: Drama ini akhirnya sudah berakhir...Highly not recommended!! Melainkan kalau korang ada masalah insomnia....ya drama ni boleh tolong cure insomnia....boring til the end.

JANGAN TONTON!!

Baca review saya tentang drama korea yang lain di bawah

Tag: Drama Korea, bad korean drama, overrated korean drama, boring korean drama
Dikuasakan oleh Blogger.