Review Filem Romantik Komedi Hollywood | Leap Year



Hari ni i nak promote filem "Leap Year".  Dah tengok ke belum? Yang sudah pernah menontonnya mesti tahu filem ni, bestkan? Bagi yang belum, i nak bagi review sikit tentang filem ni. Asik-asik filem romantik je ..takde filem genre lain ke? Uhuks...filem apa pun boleh sebenarnya. I am a movie and a drama freak. Uolls tanya je nak cerita genre apa, tahulah apa i nak rekemen. I rekemen yang best-best je tau! Yang tak best campak masuk tong sampah.

I suka review filem yang lama-lama sikit, in case kalau uolls termiss tak tengok lagi, atau untuk mereka yang tengah tercari-cari dan tertanya-tanya filem apa lah yang best untuk ditonton. Maklumlah filem-filem baru dah habis ditonton di pawagam kan?

Filem Leap Year ni memang betul-betul romantik komedi. Romantik tapi boleh buat korang tergelak juga. Filem ringan dan mudah difahami.

Filem Leap Year diterbitkan pada tahun 2010 dan dibintangi oleh Amy Adams dan Matthew William Goode.

Ianya berkisar tentang seorang wanita bernama Anna yang ingin melamar kekasihnya kerana ingin mengikut tradisi mitos dari bangsa Irish iaitu wanita boleh melamar lelaki pada setiap kali Leap Year. Korang tahukan apa itu Leap Year? Leap year berlaku setiap 4 tahun sekali.  Selalunya Febuari hanya sehingga 28hb tetapi setiap 4 tahun Febuari bertambah sehari iaitu 29hb. Ianya di panggil Leap year.

Anna mengambil keputusan untuk melamar kekasihnya di Dublin pada 29 hb. Semasa di dalam perjalanan kapal terbangnya terkandas kerana ribut. Wanita itu akhirnya terjebak di sebuah perkampungan. Di perkampungan itu dia meminta pertolongan empunya hotel tua di situ untuk membawanya ke kota Dublin. Di sinilah berlaku babak-babak lucu di dalam filem ini. Bayangkan gadis kota yang ada kelas bertemu pemuda kampungan yang berkepala sempoi dan suka cakap lepas bertemu.

Berbagai kejadian berlaku di dalam perjalanan, pastinya mencuit hati korang nanti. Saksikanlah sendiri, tak mahu bagi spoiler banyak sangat, tak syiok. Kalau korang mencari filem ringan dan kelakar, i rekomen tontonlah filem ini. You won't regret it! Percayalah kata orang yang boleh duduk mengadap pc tonton drama dan filem 20 jam sehari macam i ni. Eh tonton online, online jugak. Wayang pergi jugak. Beginilah nasib suri rumah sepenuh masa  :)

Btw i tengok cerita ni dah 3 kali. Anak dara i yang umur 18 tu suka sangat filem ni.

My favorite quotes dari movie ini :

"May you never steal, lie, or cheat, but if you must steal, then steal away my sorrows, and if you must lie, lie with me all the nights of my life, and if you must cheat, then please cheat death because I couldn't live a day without you."

Tonton trailernya di bawah ini


Kalau line korang bagus tak payah lah beli cd , tonton online je di sini

ENJOY!! ADIOS AMIGOS ( layan gila nak ber i, i pulak hari ni haha)
Dikuasakan oleh Blogger.