Sering senggugut rupanya Mawar hidap Endometriosis Tahap 4 namun berjaya hamil dengan rawatan yang betul

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/sering-senggugut-rupanya-mawar-hidap.html

Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian bolih tersumbat. Cyst bolih tumbuh dalam ovary. Rahim bolih bengkak dan melekat kepada usus. Dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah
 
KISAH PASANGAN FIZO DAN MAWAR

Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6hb January 2016. Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.

Apabila saya kaji sejarah Kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja. Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit. Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis. Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.

Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis, dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.

Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap. Dalam pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14hb January 2016.

Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah keperingkat 4, rahim lekat kepada usus dan kedua2 saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut2 dan lekatan akibat penyakit endometriosis.

Contoh penyakit endometriosis, cyst ovary mengandongi darah.
Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetuikan daripada retroverted kepada anteverted. Dengan situasi kerosakkan terok pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakkannya.

Disamping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu peroses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormone estrogen disekat sepenuhnya.

Simptom2 menopause memang amat dirasai olih Mawar, khususnya panas badan, gangguan2 emosi dan tidur, lenguh2 sendi dan lain2. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.

Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani peroses baik pulih. Disamping itu, Mawar perlu makan bahan2 yang berzat dan berkhasiat. Saya nasihatkan 70% makannya terdiri dari yang mentah dan segar. Mawar juga diberi supplement multivitamin, vit C, vit E, fish oil Dan calcium.

Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted. Saya ingin tahu samaada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb February 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.

Alhamdulillah, keputusannya kedua2 fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion. Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.

Alhamdulillah, pada 16hb may Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12hb April 2017.
Gambar scan bayi empat bulan
Artikel di petik dari laman facebook Dr Hamid Arshat. Terima kasih atas perkongsian ini  dan jasa baik Dr. Semoga Dr. panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin..
Dikuasakan oleh Blogger.