Syabas!! Sasaran Pingat Emas tercapai. Azizulhasni Awang Raih Emas ke-111 buat Malaysia

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/syabas-sasaran-pingat-emas-tercapai.html

Syabas!! Tahniah Malaysia akhirnya mencapai sasaran emas sebanyak 111 pingat untuk Sukan Sea 2017 kali ini. Pingat emas ke-111 ini  telah di sempurnakan oleh "The Pocket Rocketman" iaitu jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang.

Azizul, 29 telah memenangi emas ke-111 melalui acara berbasikal pecut individu lelaki menewaskan rakan senegara iaitu Mohd Shah Firdaus Sahrom, 22.

Terdahulu, Fatehah Mustapa telah menyumbang emas ke-110 menerusi acara pecut individu wanita.



YAB Perdana Menteri berselfie dengan Kontinjen Team Mas atas kejayaan raih emas ke-111.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada skuad kontinjen negara untuk Sukan Sea 2017 yang mencuba sehabis baik untuk menyumbang pingat buat Malaysia! Majulah sukan untuk negara!


Sumber : Astro Arena | Twitter Team Mas
Dikuasakan oleh Blogger.