Tak Sangka!! Begini rupanya perangai sebenar Edika Yusof


Masih ingatkah korang kepada Edika Yusof, pelakon tahun 90an dulu? Pada awalnya dia adalah seorang model yang sangat popular dengan kekacakannya. Antara filem lakonannya dulu adalah Pelumba Malam dan Maria Mariana. Telah lama kita tidak mendengar cerita tentang Edika Yusof. Terkejutnya saya apabila membaca berita tentang Edika Yusof kini. Rupa-rupanya kehilangannya di arena seni kerana sibuk dengan urusan keluarganya. Tidak sangka Edika Yusof ni seorang suami yang sangat baik. Mari baca kisahnya sepenuhnya berdasarkan dari temubual Edika Yusof dan InTrend.

“Saya Dukung Dia ke Bilik Air, Tukar Lampin, Ini Takdir Allah” — Besarnya Ujian EDIKA YUSOF! Isteri Sawan & Lumpuh Lepas Bersalin

Empat belas tahun yang menguji. Antara kasih, cinta, setia dan tanggungjawab – semua itu dipikulnya demi isteri tersayang. Ikuti kisah pengorbanan tanpa balasan Edika terhadap isterinya.

Selepas hampir dua tahun perkahwinannya bersama pilihan hati Nurhidayah Yusri, pasangan ini diduga dengan ujian getir. Hilang daripada dunia glamor selama 20 tahun, wang simpanan habis digunakan untuk memberi rawatan terbaik buat isteri tercinta – terbukti kisah pasangan suami isteri ini boleh dijadikan teladan buat kita.

Selepas kelahiran anak kedua mereka, isteri Edika Yusof diserang demam panas dan sawan menyebabkan jangkitan kuman pada otaknya. Ini menyebabkan isterinya koma dan ditempatkan di ICU. Anak yang baru lahir juga terpaksa tinggal ni NICU kerana kelahiran pra-matang dan komplikasi lain. Semasa itu Edika terpaksa berulang alik menjaga isteri dan anaknya. Selepas seminggu anaknya dibenarkan pulang.

Selepas 9 hari, isterinya sedar dari koma tapi malangnya ingatannya lumpuh seperti lumpuh bahagian badannya yang lain ( dada hingga ke kaki ). Isterinya lumpuh hingga ke hari ni. Isterinya gagal mengingati segala-galanya termasuklah suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Isterinya menetap di ward selama 3 bulan selepas itu. Selain dari lumpuh, isterinya juga diserang strok. Isterinya juga mempunya masalah pendengaran dan kepayahan berkomunikasi. Rutin hidup Edika di dalam tempah 3 bulan itu adalah berulang alik ke hospital. Pagi ke hospital dan malam pulang ke rumah untuk menguruskan anak-anaknya pula.

Setelah pelbagai usaha di buat, doktor seperti telah habis iktiar untuk membantu isterinya, dia membawa pulang isterinya ke rumah untuk mendapatkan rawatan alternatif lain.

"Hingga hari ini saya masih menjaganya sepenuh masa. Mendukungnya ke bilik air, angkatnya kemudian diletakkan di kerusi roda, menyalin lampin itu dan ini. Alhamdulillah isteri saya menampakkan perubahan. Sekurang-kurangnya dia boleh mengangkat tangan tetapi anggota badan yang lain masih tidak berfungsi dan tidak mempunyai deria rasa. Dan kini dia boleh mengendalikan soal rekaan dan sering menggunakan komputer riba. Syukur juga kerana ingatannya kini sudah pulih sepenuhnya berbanding awal kejadian dahulu."

Edika menganggap ini semua adalah ujian dan dugaan dari Allah dan merasakan dia harus mengalasnya. Dia pernah berdoa pada Allah jika, isterinya hidup, dia akan menjaga isterinya. Kerana itu dia akan terus menjaga isterinya sepenuh hati.

Edika menyatakan bahawa dia pernah merasa putus asa tetapi dibuang perasaan emosi itu jauh-jauh. Isterinya sangat memberi galakan kepadanya supaya buat apa yang boleh buatnya gembira, kembali ke arena seni malah pernah menyuruhnya kahwin lain. Tetapi dia menolak kerana perasaan tanggungjawab dan simpati terhadap isterinya. 

Buat masa ini keadaan isterinya ada perubahan namun perubahannya terlalu perlahan. Tetapi mereka tidak mengalah dan putus asa dan akan  terus mencuba hingga isterinya pulih. Mereka telah mencuba berbagai cara, kini isterinya bergantung pada ubat2an dan supplemen saja di samping menjaga permakanan. 

Mujurlah anak-anak Edika juga memahami dan memberi kerjasama di dalam menghadapi hari-hari sukar mereka. Isterinya kadang kala turun ke dapur memasak untuk mereka sekeluarga biarpun di atas kerusi roda. Cuma keadaan menjadi sukar jika Edika tiada di rumah kerana isterinya masih menggunakan beg urin. Antibodi isterinya masih terlalu lemah. Isterinya mudah terkena jangkitan kuman, demam dan selsema. Kerana itu aspek kebersihan amat penting. Edika mengajar anak-anaknya untuk turut sama menjaga kebersihan rumah.

Kini di atas galakan isterinya Edika telah mula kembali ke bidang lakonan. 

Bacakan kisah penuh perbualan Edika dan Intrend di sini

Respect Edika Yusof!!!  Tak sangka lelaki kacak ini rupanya seorang yang suami yang baik, setia pada isteri, bertanggungjawab, kuat imannya serta murni jiwanya. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Amin.
Dikuasakan oleh Blogger.