Doktor berkongsi pengalaman menghadapi kes serangan seksual, pencabulan kanak-kanak dan sumbang mahram


Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, kes pencabulan dan rogol terhadap kanak-kanak bawah umur sudah semakin meningkat di negara kita sekarang ini. Lebih menyedihkan lagi apabila yang merogol mereka kebanyakkanya adalah ahli keluarga sendiri, ayah, bapa tiri, datuk, pakcik, abang dan sepupu-sepupu. Tambah menyedihkan lagi apabila guru yang menjadi harapan untuk mendidik ilmu dan juga ustaz yang sepatutnya mengajar ilmu agama turut tersenarai sebagai pelaku. Kesian anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa kebuasan nafsu binatang yang hidup berlandaskan nafsu semata. Iya setengahnya memang kerana sakit mental. Kecenderungan seks terhadap kanak-kanak bawah umur digelar pedophile dan ianya adalah sejenis penyakit mental. Manakala setengahnya pula adalah kerana kegagalan mengawal nafsu yang menggila.

Wahai ibu bapa, zaman ini kita harus lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain untuk menjaga anak-anak kita. Kita sudah tidak boleh sesuka hati meninggalkan anak untuk jagaan jiran atau ahli keluarga walaupun sebentar. Jangan biarkan anak-anak kecil terlalu manja dengan ayah, bapa tiri, pakcik atau datuknya. Ada limit umur untuk terlalu manja dan dibelai-belai oleh datuk. ayah, pakcik atau sesiapa saja. Zaman kini sudah tidak mengira jantina. Tidak selamat lagi untuk kanak-kanak untuk dibiarkan lepa tanpa permerhatian.


Anak-anak lelaki atau perempuan masing-masing sudah tidak selamat lagi. Kalau dulu kita takut hendak lepaskan anak perempuan, kini anak lelaki juga sering menjadi mangsa liwat dan gangguan seksual. Seeloknya berbincang dan bercerita serba sedikit tentang seks kepada anak-anak kecil. Ajar mereka supaya malu untuk bertelanjang selepas mandi dan sebagainya. Kita tidak tahu....rupa pedophile muka orang normal saja. Dia tidak langsung menunjukkan rupa seorang pesakit mental. Ajar anak-anak bahawa ada bahagian tertentu yang orang lain tidak boleh sentuh dan sebagainya dan ajar mereka supaya bercerita jika ada sesiapa yang cenderung berbuat peraka di luar batasan kepada mereka. Sentiasa berbual dengan anak-anak tentang hari-hari mereka di sekolah, di tempat mengaji, di rumah pengasuh, di pusat tiusyen. Tanya jika lihat anak anda kelihatan sugul atau sedih. Sentiasa peka terhadap perubahan sikap anak-anak anda. Kasihani mereka, mereka masih kecil. Sedih sangat mengenang nasib anak-anak kecil yang menjadi mangsa manusia buas nafsu. :(

Jika kamu menjadi mangsa, atau kawan-kawan kamu menjadi mangsa, jangan takut untuk bercerita kepada guru-guru yang dipercayai atau kepada ahli keluarga yang boleh dipercayai. Jangan biarkan apa yang terjadi kepada anda terus berlarutan. Sekiranya anda takut hubungi Talian Nur 15999 untuk meminta nasihat.


Ini adalah jenis jenis gangguan seksual kanak-kanak yang di kategorikan daripada professional di seluruh dunia:

MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN 
a) menyentuh buah dada, kemaluan atau dubur 
b) penetrasi 
c) seks di luar tabii (mulut, dubur)
BUKAN MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN 
a) membuat komen berbentuk seksual 
b) mendedah bahagian sulit 
c) mengintai 
d) menunjuk atau memberi bahan-bahan lucah 
e) memujuk kanak-kanak agar berbogel atau melancap
MELALUI PERLAKUAN BUKAN PENDERAAN/BUKAN MELALUI KEKERASAN
a) Perbezaan Kuasa b) Perbezaan Pengetahuan c) Perbezaan Kepuasan

Penderaan seksual mengikut corak: 

Pelaku dapat kepercayaan dan penglibatan kanak-kanak. 
Penderaan seksual kanak-kanak berlaku dengan rahsia. Pendera bergantung kepada kanak-kanak untuk menyimpan rahsia. PENGANGGU SEKSUAL KANAK-KANAK Sesiapa boleh manjadi pengangggu seksual. Ianya boleh seorang yang kita tidak kenali, saudara kita, guru, ibubapa, sepupu; tidak kira lelaki atau perempuan, bangsa, atau status dalam masyarakat.


Cara mengenali pemangsa:
a) terlalu mesra terhadap kanak-kanak 
b) selalu membawa hadiah dan memberi hadiah yang mahal 
c) terlalu banyak sentuhan yang dikatakan tidak sengaja
d) selalu mengulangi 'tawaran' untuk menjaga kanak-kanak itu. 
e) membawa kamera ke mana mana sahaja
f) susunan rumah (terutama jika dia tiada anak sendiri di rumah · banyak gambar kanak-kanak lain · buku menganai psikologi kanak-kanak, fotografi dan seni · buku dan permainan kanak-kanak

Cara mengenali mangsa yang pernah didera secara seksual
kemurungan, terlalu sensitif dan mudah radang,
menangis dengan tiada sebab yang nyata · kekhuatiran, kerisauan (kencing di atas tilam,
mengigau) · masalah hubungan dengan kawan atau keluarga
pengunduran dari aktiviti atau orang · masalah disiplin/menentang atau memberontak · tiba-tiba pandai tentang seks · prestasi akademik yang kurang baik
takut akan orang yang dikatakan penganggu seksual itu.
perubahan perangai yang berlaku secara tiba tiba dan dengan ketara
kurang tumpuan · tidak mahu ditinggalkan sendirian

Lihat maklumat penuh di sini : penderaan-kanak-kanak

Percaya kepada anak-anak anda. Jika mereka tidak mahu ke sesuatu tempat bertemu dengan orang yang anda percayai atau tidak mahu ditinggalkan secara tiba-tiba. Pasti ada sebab tertentu kenapa mereka enggan.

PERCAYA KEPADA ANAK-ANAK DAN SELIDIK HABIS-HABIS. PEKA DAN AMBIL PEDULI TENTANG PERUBAHAN SIKAP ANAK-ANAK ANDA.

Terdapat banyak mangsa terutamanya kanak-kanak lelaki merahsiakan penganiyaan seksual yang berlaku kepada mereka kerana malu dan takut dan akhirnya merubah hidup mereka. Ada keluarga yang bertindak menutup kejadian serangan seksual dalam keluarga kerana malu dan mau menjaga nama keluarga. Percayalah menutup tidak dapat menyelesaikan masalah. Mangsa dan pemangsa masing-masing memerlukan rawatan dari doktor psikologi. Mangsa perlu rawatan psikologi untuk memulihkan semangat dan mental mereka supaya mereka tidak mendapat penyakit mental seperti despresi, ptsd atau schizophrenia. Dikuatiri juga mereka sendiri akan menjadi pemangsa apabila mereka dewasa kelak dan mungkin cenderung untuk menyukai kaum sesama sejenis apabila mereka besar kelak. 


Manakala pelaku dan pesalah memerlukan doktor sakit jiwa untuk mengubati sakit mereka dan mereka perlu dikurung dan dijauhkan dari masyarakat atau keluarga buat sementara waktu supaya kejadian yang serupa tidak berulang.

Mari baca kisah Doktor berkongsi pengalaman menghadapi kes pencabulan kanak-kanak di bawah ini



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes-kes rogol yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri , iya sumbang mahram. Memang tidak akan terfikir seorang ayah abang atau datuk boleh perlakukan sedemikian terhadap ahli keluarga sendiri . Yang lebih menyedihkan pemangsa selalunya beragama Islam.

Saya sendiri telah berhadapan dengan kes begini semasa bertugas di Klinik Taqwa dalam 30 tahun yang lepas. Pada masa itu sepasang suami-isteri membawa anak yang berumur duabelas tahun sebab perut anaknya membesar tanpa sebab. Bila saya scan, saya dapati ada janin yang sudah cukup bulan dalam rahim anaknya. Saya bertanya pada anak ini, siapa yang lakukan dan dia tidak faham soalan saya sebab dia tidak tahu tentang seks. Maka saya bertanya dengan cara khusus," siapa yang memasukkan anu dia ke dalam faraj kamu?" dan dia menjawab atuknya.

Saya paling dan bertanya kepada ibunya bagaimana ini boleh terjadi maka ibunya dengan berlinang air mata berkata, dia memang tidur se katil dengan datuknya.

Saya ni memang garang masa muda dan saya marah ibunya. "Kamu tidak tahu hukum Islam ?" Tidak boleh orang dewasa lelaki tidur se katil dengan anak perempuan apatah lagi bawah satu selimut. Malahan adik beradik lelaki perempuan pun tidak boleh tidur ke katil bawah satu selimut . Anak perempuan sama perempuan pun tidak boleh tidur satu selimut . Ini langkah pencegahan yang sepatutnya dilakukan semua keluarga Muslim.

Anak perempuan juga bila sudah mumayiz tidak boleh mandi bogel dengan orang lain malah tidak boleh pakai pakaian yang menampakkan tubuh badan secara seksi. Ini semua langkah mencegah.
Langkah-langkah ini tidaklah bererti kita patut maafkan pemangsa. Pemangsa tetap salah dan melakukan kesalahan besar dari segi hukum Islam mahupun undang-undang sivil.

Kes tersebut menjadi sebuah tragedi besar untuk keluarga berkenaan. Atuknya dibawa polis dan disumbat kedalam penjara, anak yang mengandung dihantar ke sekolah budak nakal walaupun bukan salah dia. Keluarga adik beradik suami bermusuh dengan mereka sekeluarga sebab menyebabkan ayah mereka merengkok dalam penjara.

Selepas kejadian ini, saya telah utarakan kepada Wanita JIM sebagai AJK Wanita JIM Pusat untuk mengadakan program "sex education" dari peringkat kanak-kanak tadika sehingga remaja dengan adanya silabus bagi setiap peringkat. Program ini telah berjalan dan saya percaya masih berjalan malahan ada organisasi lain juga menjalankannya . Pada peringkat tadika, anak-anak diajar untuk tidak membenarkan orang dewasa memegang badan mereka terutama di alat kelamin.

Awas! Setahu saya ada orang lelaki mempunyai nafsu seks yang tidak terkawal dan ini mungkin penyakit mental. Bila tidak dapat puaskan dengan cara halal, cara tak halal pun akan dilakukan.
Cegah sebelum berlaku. Bila berlaku ia sebuah tragedi besar.

Mungkin juga banyak kes-kes begini tidak dilaporkan oleh ahli keluarga sebab pemangsa 'breadwinner" keluarga dan ahli keluarga takut akan hilang tempat pergantungan.

Anak-anak yang menjadi mangsa nafsu seks rakus ini akan menjadi dewasa yang penuh trauma.
Jagalah keluarga kita. Cegah sebelum berlaku. Ambil langkah-langkah menjaga pergaulan keluarga.
Bagi lelaki pula, jika ada nafsu seks yang tidak boleh dikawal, pergilah berubat.

sumber :  Dr. Suriyakhatun


Dikuasakan oleh Blogger.