Kisah Benar | Mumbai dulunya dikuasai oleh gangster Islam, ikon yang baik hati dan disanjungi ramai


Siapa sangka Mumbai dulunya dipegang oleh seorang gangster Islam yang baik hati dan menjadi ikon dan sebutan masyarakat India hingga kini. Biarpun melakukan kerja yang melanggar undang-undang, dia tidak pernah membunuh 1 jiwapun. Dia juga tidak terlibat dengan penjualan arak atau dadah dan sentiasa membantu fakir miskin dan menolong orang susah dan teraniya. Menarik memang menarik kisah gangster celebriti ini.

Saya mendapat tahu tentang kisah ini selepas menonton filem Ajay Devgan berjudul "Once Upon A Time in Mumbai". Filem ini diterbitkan pada tahun 2010. Melalui pencarian di wiki dan Quora saya kongsikan serba ringkas kisah gangster baik hati ini. 


Mastan Haider Mirza atau lebih dikenali sebagai Haji Mastan @ Sultan Mirza Mastan dilahirkan pada tahun 1926 di Pannaikulam, Ramanathapuram dan tinggal di bandar pesisir Cuddalore, Tamil Nadu. Dia tiba ke Mumbai bersama bapanya selepas banjir besar di Madras. Dia bekerja sebagai pelombong arang batu. Biarpun gajinya tidak seberapa dia gemar membantu orang susah dan mendapat kehormatan dan pengiktirafan dari puak-puak jalanan di Mumbai dan mereka mengelarnya Sultan.

Apabila dewasa Haji Mastan terlibat dalam kegiatan penyeludupan kongsi gelap. Pada awalnya dia menyeludup bongkah emas kemudiannya duit. Oleh kerana dia seorang yang jujur dan tidak pernah melarikan hasil seludupan biarpun seketul emas atau sekeping duit, pun. Dia mendapat kepercayaan pihak atasan. Dia berjaya menjana jutaan dollar dengan hasil menyeludup namun dia tidak pernah membunuh satu insan pun. Dia sangat sayangkan kedamaian dan nyawa. Dialah Don pertama di Mumbai dan menjadi idola tanpa mengira agama.

Oleh kerana pengaruhnya yang besar di bandar Mumbai dia berjaya menyatukan 4 puak kongsi gelap terbesar dengan membahagikan kawasan dengan sama rata kepada ketua-ketua kongsi gelap tersebut. Biarpun dia tidak berpelajaran tinggi, dia adalah seorang yang bijak. Dia berhasil mengembangkan perniagaannya kepada pelaburan filem, kedai elektrik, perhotelan dan menjual hartanah.

Walaupun kerja penyeludupan di kira sebagai penjenayah, dia dikenali sebagai penjenayah berhati emas dan mulia budi pekertinya. Dia juga menolak penyeludupan barang-barang terlarang seperti dadah atau arak kerana ianya melanggar undang-undang Islam dan tidak membunuh. Segala-gala masalah diselesaikannya menggunakan otak dan psikologi. Caranya lebih kepada berbincang menggunakan tutur kata yang lemah lembut. 

Yang menariknya lagi. Haji Mastan tidak mempunyai geng sendiri. Geng-gengnya hanyalah kawan-kawan dan orang-orang di bandar Mumbai yang menghormati dan menyayanginya.

Oleh kerana keperibadiannya yang bersih, adil dan baik hati, dia menjadi sanjungan dan terkenal di seluruh bandar Mumbai. Dia dilayan sebagai seorang selebriti dan menjadi gangster selebriti pertama di bandar Bombay. Dia sering kali berpesta bersama ahli-ahli politik, ahli perniagaan ternama dan pelakon-pelakon Bollywood.

Dia sering memakai pakaian dan kasut putih, merokok rokok mahal dan memandu kereta Mercedes Benz putih menjadikannya "ikon fesyen" di kalangan pemuda Muslim miskin dan tidak berpendidikan di kawasan Mumbai. 


Haji Mastan jatuh cinta dengan seorang pelakon Bollywood bernama Sona. Mereka dikatakan sama-sama jatuh cinta pandang pertama dan berkahwin selepas pertemuan pertama. 

Di sebuah daerah lain pula, Dawood Ibrahim, dilahirkan sebagai seorang yang jahat budi pekertinya. Ayah Dawood adalah seorang anggota polis dan telah puas mencuba untuk mengubah perangai anaknya. Cita-cita Dawood sedari kecil memang untuk menjadi penganas dan suka membuat kekacauan. Ayahnya meminta pertolongan Haji Mastan supaya mengajar anaknya menjadi insan yang baik. Dia telah dididik oleh Haji Mastan dan berjaya menjadi orang kepercayaan Haji Mastan. Semasa Haji Mastan giat di dalam bidang politik. Dawood telah diberi kepercayaan supaya menguruskan urusan Haji Mastan. 


Namun si jahat ini telah memporak perandakan kumpulan Haji Mastan apabila dia senyap-senyap telah menyeludup dadah, samsu haram dan senjata menggunakan nama Haji Mastan. Dia telah mengkhianati Haji Mastan dengan pelbagai taktik kotor. Oleh kerana tidak bersetuju dengan prinsip baik Haji Mastan dia mengumpul orang-orangnya sendiri dan membentuk gang sendiri yang sukakan keganasan dan pembunuhan. Akhirnya Dawood berjaya mengumpul ahli dan menjadikan ahlinya lebih kuat dari Haji Mastan. Maklumlah Dawood tidak kisah membunuh, manakala Haji Mastan lebih sukakan kedamaian. 

Organisasi Haji Mastan akhirnya jatuh setelah berkuasa selama lebih 20 tahun. Kerana syaitan bernama Dawood Ibrahim ini, hidup jalanan di Mumbai tidak lagi sama. Jenayah dan pembunuhan menjadi berleluasa. Bilangan penagih dadah bertambah hari demi hari. Kalau anda tonton filem ini, anda pasti menyirap melihat kelakuan si Dawood ni. 


Sehingga kini, monster bernama Dawood ini masih hidup dan menjadi buruan polis dan interpol. Amerika mengelarnya terrorist dan Dawood Ibrahim kini menjadi buruan. Dawood Ibrahim juga dikatakan memegang industri Bollywood. Dia menghasilkan beberapa filem Bollywood atas nama orang lain dan bahagian keuntungan diberikan kepada Dawood. Dia telah berjumpa dengan ramai pelakon Bollywood. Malah hingga hari ini, biarpun masih dalam pelarian, kumpulannya tetap memegang Bollywood dan dia juga sering kelihatan di majlis Bollywood juga semasa permainan kriket. 

Pelik memanglah pelik. Dawood dikatakan terrorist yang bersetongkol dengan Al-Qaeda dan Osama Laden. Antara jenayahnya yang terbesar adalah pengeboman beramai-ramai di Bombay pada tahun 1993. Dia dituduh bersetongkol dengan Al-Qaeda dan mengebom 13 tempat berlainan di Bombay yang mengorbankan 300 nyawa dan lebih 1400 lagi cedera. Namun dia bebas ke pesta bollywood dan permainan kriket. Pelik, kan? Bersetongkol dengan Al-Qaeda atau CIA?

Dan sehingga kini Haji Mastan tetap kekal menjadi sebutan rakyat India,  baik yang beragama tamil atau Islam sebagai Don No.1 dan Gangster yang baik hati.

Di dalam filem "Once Upon a time in Mumbai" Haji Mastan digambarkan mati dibunuh Dawood Ibrahim dan sekutu-sekutunya namun wiki mengatakan bahawa dia mati kerana sakit kanser pada tahun 1994. Saya tidak pasti yang mana satu yang betul. Yang pastinya filem ini diakui ramai yang sememangnya kebanyakkan adegan adalah berdasar dari  kisah benar tetapi ditokok tambah sedikit untuk membuatkan filem itu lebih menarik.


Sebelum ini Amitabh Bachchan juga pernah berlakon di dalam sebuah filem berjudul Deewar yang juga berkisar pada kisah kehidupan Haji Mastan. 

Photo belongs to their respective owners.
Dikuasakan oleh Blogger.