RESEPI SEDAP DAN MUDAH | DAGING BAKAR THAI


OMG meleleh air liur tengok resepi ini. Sememangnya daging dan ikan bakar memang peberet saya. Jom terai buat. Mudah je resepi daging bakar ala thai ni.

RESEPI DAGING BAKAR THAI

BAHAN² (DAGING PERAP):

1/2kg daging
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 sudu makan kicap
1 sudu sos tiram
Garam & gula

CARA BUAT:

1. Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.

2. Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)

3. Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.

BAHAN² (SOS PENCICAH):

1 Ulas bawang putih
Akar daun ketumbar
Daun ketumbar
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
Sos ikan
Gula
Limau nipis

CARA BUAT:

1. Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar.

2. Cili padi dihiris halus

3. Selepas itu satukan semua bahan dan gaul rata.

sumber : fb/Atisya Anuwa


RESEPI DAGING BAKAR PERAP BERSAMA SOS PEDAS THAI

Bahan² (Daging perap):

i) sos tiram/kicap manis/sos ikan/serbuk blackpeper/

ii) perap sekurang²nya sejam .

iii)goreng dengan sedikit minyak dulu sebelum bakar bagi lembutkan daging, goreng sampai masak isi lepas tu bakar .

Bahan² (Sos pencicah):

sos maepranom (sos ayam thai)
cili serbuk thai
sos ikan
asam limau nipis sebiji
gula 1 sudu
bawang besar hiris
daun ketumbar

Ok done! ðŸ˜‹

sumber : fb/mrs.mamacz

Bon Apetit!!
Dikuasakan oleh Blogger.