ABOUT ME



Apakah maksud Kongie? Adakah Kong Xi Fat Chai? Bukan bukan...Kongxie adalah kongsi.
Kami adalah pasangan adik beradik yang baru belajar berblog. Kami adalah blogger amatur. Kami bukan kaki selfie dan juga pemalu jadi kami tidak akan exposekan diri kami. Tak kisahkan? Yang pentingnya mesej dan apa yang kami cuba nak sampaikan. Blog Kongxie sebenarnya berkonsepkan kongsi apa saja mengikut mood pengupload cerita. Kami bukanlah penulis, wartawan dan bukan juga ahli pujangga. Hanya sekadar berkongsi cerita melalui pengalaman hidup dan dari kisah masyarakat yang berlaku di sekeliling kita.

Disclaimer:


Kami bukan Doktor atau pakar kecantikan. Petua, tips, info dan nasihat kesihatan dan kecantikan di sini adalah berdasarkan dari pengalaman dan bacaan dari sumber internet dan buku-buku. Ianya bukan dari pendapat doktor pakar. Sila buat kaji selidik, explore dan terus explore dan minta pendapat doktor sebelum mencuba sebarang petua.

Kami bukan Doktor Haiwan. Petua-petua tentang kucing adalah berdasar pada pengalaman kami sendiri sebagai cat rescuer persendirian dan 2,3 orang rescuer yang lain. Sila minta nasihat pakar dan vet berdekatan anda jika terdapat keraguan.


Kami bukan Chef, cikgu memasak atau pakar memasak. Kebanyakan resepi yang kami kongsikan kami kutip dari pelbagai sumber di internet. Kami akan pastikan ianya dikreditkan kepada empunya resepi.

Kami bukan wartawan. Berita-berita hot kami ambil dari beberapa sumber berita online. Kami akan pastikan ianya dikreditkan kepada pemilik berita.


Kami bukan Jurugambar. Gambar-gambar menarik yang kami ambil, kami akan pastikan ianya dikreditkan kepada empunya gambar.

Sesetengah gambar dan artikel sudah terlalu banyak dikongsi hingga kami tidak pasti sumbernya dari mana.

Sekiranya empunya artikel, gambar, resepi dan isi kandungan ini milik anda dan anda tidak rela ianya disiarkan di sini sila contact kami supaya kami dapat memadamkannya segera.

Maafkan atas segala kekurangan, maklumlah kami masih baru di bidang ini.

Akhir kata....

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan. ❤

Disclaimer : Link dan gambar di blog ini  mungkin membawa anda ke laman affiliate.
Dikuasakan oleh Blogger.