Tips : Kegunaan Sudu Untuk Kecantikan
Pernah tak korang dengar seorang Ibu di Korea guna terapi sudu (cara urutan gunakan sudu) untuk cantikkan anaknya. Terapi sudu tu diamalkan kepada anaknya sejak kecil lagi. Akibat dari terapi sudu yang diamalkan ia dapat membentuk muka lebih kecil, dagu runcing, mata yang besar dan tidak sepet. Tak payah bersusah-payah untuk buat plastik surgeri lagi kan. Sudu jugak boleh membantu dari segi kecantikkan serta untuk kehidupan harian kita. Jom tengok apa kita boleh buat dengan SUDU..
> Buat eyeliner bersayap di bahagian hujung mata (Winged Eyed-Look).
Gunakan pemegang sudu untuk membuat garisan tegak ke sudut luar mata anda. Kemudian, terbalikan sudu seperti menutupi kelopak mata dan gunakan bahagian melengkung pada sudu untuk membentuk lengkuk sayap. Selepas anda membuat garis kasar tadi, lukis bahagian dalam dan selesai!!... Kan dah cantik mata tu.
Sudu boleh dijadikan sebagai eyelash curler. Hangatkan sudu teh atau sudu biasa dengan sedikit air suam kerana menggunakan sudu sejuk anda akan merasa kurang selesa. Tekan belakang sudu ke bahagian bulu mata dan tahan untuk beberapa saat. Letakkan maskara seperti biasa dan bulu mata sudah pasti melentik
Letakkan sudu seperti gambar diatas untuk menentukan di mana rongga pipi anda berada. Kawasan di bawah sudu adalah tempat yang tepat di mana anda perlu mengaplikasikan bedak kontur anda.
Masukkan sudu kedalam peti ais dan setelah sejuk, tekap sudu tersebut kebahagian mata yang sembab/bengkak. Cubalah memang berkesan.
Bila tetamu datang secara mengejut, cara pantas nak masak air boleh cuba dengan meletakkan sebatang sudu besi ke dalam air tadi dan air akan masak lebih cepat. Cubalah!
Kadang-kadang kita terasa nak hidangkan air panas dalam jug kaca kan. So untuk elak jug kaca dari pecah, masukkan sudu besi ke dalam jug itu untuk menyerap haba kepanasan dalam jug kaca tersebut.
Salah satu petua untuk hilangkan ketumbit adalah dengan menuam menggunakan sudu yang dihangatkan dengan panas. Buat sehingga sembuh.
Masukkan sudu ke dalam rebusan daging dan lihat hasilnya. Make sure guna sudu besi tau!
Alirkan
air panas ke atas sudu lebih kurang 1 minit. Selepas itu tekap sudu itu
keatas tempat gigitan nyamuk lebih kurang 2 minit untuk memusnahkan
protein yang menyebabkan kegatalan kesan gigitan tadi. InsyaAllah gatal
akan hilang.
Selamat Mencuba..
Leave a Comment