Kata-Kata Pemberi Semangat Untuk Orang Yang Sakit
MAN : Ya Allah..Why always me?
ALLAH : Because I Love You.
(When Allah s.w.t. loves a servant, He tests him -Tarmidhi)
Sakit adalah bahagian dari kasih sayang Allah yang sangat besar bagi hambaNYA.
Jika kamu merasa bebanmu lebih berat daripada yang lain, itu kerana Allah melihatmu lebih kuat daripada yang lain.
Ketika ujian dirasakan sangat berat, berbahagialah kerana di saat itu Allah sedang melatihmu menjadi seorang yang kuat.
Jika tujuan manusia di ciptakan adalah untuk beribadah, maka jadikanlah
sakitmu sebagai ibadah untuk mendapatkan keredhaanya.
Hitunglah nikmat yang dianugerahkan kepadamu sebagai ganti dari menghitung penderitaanmu.
Hidup itu seperti sebuah drama, kadang-kala sedih, senang dan sakit. Apapun
yang sedang dialami sekarang, bersyukurlah kerana syukur akan membuat
hidup lebih baik. Walaupun anda sakit sekalipun, terimalah itu sebagai
hikmah untuk berbuat lebih baik lagi. Kamu pasti sembuh. Bukankah bagi
Allah itu tiada hal yang tidak mungkin?
Allah menyayangi hambanya bukan hanya dengan kenikmatan tetapi juga
rasa sakit. Kerana dengan rasa sakit itu, mereka akan lebih mensyukuri
nikmatnya. Sakit hanyalah sebagai penghapus dosa-dosamu.
Bukankah Allah tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambanya?
Keadaan apapun yang sedang dialami, yakinlah kamu boleh menempuhinya walau
separah manapun.Kerana Allah itu Maha Benar.
Semua pasti ada hikmahnya, jangan larut dalam kesedihan. Bersemangatlah
kerana itu akan membuat keadaan lebih baik. Sakit itu hanya sebuah
penghapus dosa-dosa.
Jangan memohon pada Allah untuk meringankan cubaan yang datang, berdoalah pada Allah untuk memberikanmu kekuatan untuk dapat melaluinya.
Leave a Comment