Saraswati (Queen of Luna) | Anak Malaysia Yang Mencuri Perhatian Dunia.
Menggunakan nama Queen of Luna di laman Instagramnya, Saraswati, anak Malaysia yang sangat kreatif ini telah berjaya mengolah bakat solekannya mentransformasikan watak-watak popular Disney dan superhero-superhero diwajahnya. Tambah menarik, Saraswati berjaya menyuai-padan pemakaian hijab dengan watak-watak yang digayakan. Pemilihan hijab serta penggunaan warna-warna yang sesuai telah memberi kelainan kepada setiap sentuhan beliau. Tak sangkakan, memang serius kreatif!
Merupakan seorang jurusolek artis, Saraswati telah bejaya mencuri perhatian portal antarabangsa iaitu UK Dailymail serta laman facebook artis antarabangsa untuk berkongsi bakat kreatif beliau. Beliau kini mempunyai 145,000 pengikut di laman Instagram.
Antara transformasi luarbiasa yang dihasilkan adalah dari watak-watak seperti The Little Mermaid, Mulan dan Alice In Wonderland.
Jom layan transformasi unik dari beliau. Anda pasti teruja!
The Little Mermaid
Tinkerbell
Mulan
Aladdin
Belle (Beauty & The Beast)
Iron Man
Cat Woman
Alice In Wonderland
Harley Quinn
Wonder Woman
Captain America
Queen of Hearts
Harley Quinn, Naruto Shippuden, Mummy & Jafar (Aladdin)
Princess Elsa (Frozen)
Sumber : Siakap Keli & UK Dailymail
P/S : Kreatif kan? Yang mana paling korang suka?..:)
Leave a Comment