Tun Dr. Mahathir Mohamad Umum Keluar UMNO.

29 Feb 2016 , Putrajaya : Bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari UMNO bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berkuat kuasa serta merta. Pengumuman berkenaan dibuat menerusi satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 hari ini.


Beliau turut menyatakan bahawa negara kini berada diambang yang teruk kerana ekonomi sedang menurun.

"Penilaian terhadap ringgit negara semakin teruk malah pelaburan dalam dan luar negara juga turut terkesan. Selain itu, imej negara juga semakin terjejas disebabkan oleh ekonomi yang makin teruk," katanya lagi.

Disamping itu, Dr Mahatir memaklumkan yang beliau juga tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana parti lain selepas ini.

Ini adalah kali kedua beliau meninggalkan UMNO. Kali pertama beliau meninggalkan UMNO adalah pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula Umno pada tahun 2009. Difahamkan, tindakannya meninggalkan parti pada waktu itu dibuat kerana kekecewaannya terhadap pucuk pimpinan parti tersebut pada tahun itu.


Dikuasakan oleh Blogger.