10 Kes Kelahiran Yang Pelik.

 10 kes kelahiran pelik dari seluruh dunia.Jom kita terjah.

1. Kembar Berlainan Ayah

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Mia Washington mempunyai anak kembar lelaki tetapi yang peliknya suaminya adalah bapa biologi kepada hanya satu daripada bayi lelaki itu. Kedengarannya agak mustahil bukan, tetapi ia memang benar-benar berlaku. Secara perubatannya ia dikenali sebagai superfecundation heteropaternal.

Apabila kembar tersebut dilahirkan, salah seorang daripada mereka tidak menyerupai si suami dan isteri biasanya akan terkejut. Walau bagaimanapun, suami Mia Washington mengambil anak lelaki tersebut sebagai anak angkat dan memutuskan untuk mengambil peranan sebagai bapa untuk kedua-dua kanak-kanak tersebut.

 

2. Kembar Berlainan Bangsa

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Adakah anda tahu bahawa peluang untuk pasangan berlainan bangsa untuk mendapat  anak kembar yang kelihatan seolah-olah mereka adalah dari berlainan bangsa sebenarnya adalah sejuta kepada satu. Pasangan British, Kian & Remee Hodgson, bertuah kerana mempunyai kembar yang kelihatan amat berbeza.

3. Wanita Tertua Melahirkan Anak

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Di usia 70 tahun, Rajo Devi dikatakan wanita tertua yang melahirkan anak. Sepanjang perkahwinan mereka selama 50 tahun, Rajo dan suami berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun Rajo telah mengalami menopause ketika di usia lewat 50 tahun. Beliau menganggap keajaiban masih boleh berlaku dan akhirnya beliau berjaya hamil setelah mencuba program kesuburan di klinik in-vitro.
 

4. Ibu Termuda Melahirkan Anak 

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Pasti anda tidak percaya yang ibu muda ini hanya berusia lima tahun!. Itulah dia Lina Medina yang melahirkan anak di usia semuda lima tahun namun tiada siapa yang mengetahui bagaimana beliau hamil. 

Sehinggalah berusia sepuluh tahun, bayi yang semakin membesar itu mempercayai bahawa ibunya adalah kakak sulungnya. Laporan juga mengatakan yang Lina telah mengalami datang haid sejak dia berusia tiga tahun lagi.

5. Bayi Paling Kecil

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

James Elgin Gil dilahirkan pada 20 Mei 1987 di Ottawa, Kanada, lebih daripada 18 minggu terlalu awal, dan dia masih hidup sebaga bayi pra-matang paling muda di dunia.

6. Bayi Terbesar 

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Menurut rekod kelahiran bayi (yang masih hidup), Sig, merupakan bayi terbesar yang dilahirkan seberat 10kg.

7. Bayi Tandas

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Bayi ini dilahirkan diusia tujuh bulan kandungan ketika ibunya berada di dalam tandas keretapi di India. Kelahiran ini dipanggil Precipitous Birth atau kelahiran cepat akibat dari komplikasi kehamilan.  

Bayi itu terjatuh melalui lubang dan terus jatuh landasan keretapi yang sedang bregerak. Walaubagaimanapun bayi malang itu telah diselamatkan oleh kakitangan di stesen berhampiran dan mendapati bayi perempuan itu masih hidup di trek selepas menerima isyarat kecemasan.

8. Bayi Dilahirkan Di Atas Pokok.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Lima belas tahun yang lalu, wanita bernama Chirindza ini  mempunyai rumah di Mozambique yang mengalami banjir tinggi/besar. Dia memanjat pokok untuk mengelakkan buaya dan dia terpaksa melahirkan bayinya, Rositha pada pokok yang sama.

9. Bayi Kembar Lima


Nama-nama mereka adalah Annette, Cecile, Emilie, Marie dan Yvonne; dan mereka adalah kembar lima pertama dilahirkan di Kanada pada 28 Mei 1934. Apabila mereka berusia sembilan bulan, mereka telah diambil daripada ibu bapa mereka dan di jaga oleh Raja bagi tempoh sembilan tahun akan datang di bawah  Dionne Quintuplets’ Guardianship Act.. Negeri ini kemudiannya dikenali sebagai Quintland sejak ia membuat keuntungan dengan menjadikan kembar ini sebagai tarikan pelancong.

10.  Bayi "The Benjamin Button" 

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/10-kes-kelahiran-yang-pelik.html

Masih ingatkan anda dengan filem 'The Curious Case of Benjamin Button'? Ya, mereka agak serupa. Bayi yang baru dilahirkan ini mempunyai wajah yang tua dan telah di abaikan oleh ibunya setelah ibunya melihat wajah anaknya. Bayi itu dipercayai mempunyai Intrauterine Growth Retardation (IUGR) bersama-sama dengan keabnormalan kromosom.

Dikuasakan oleh Blogger.