Hajat Pesakit Kanser Kanak-Kanak Untuk Bertemu Ultraman Terlaksana.


"Saya nak jumpa ultraman. Kalau dapat jumpa ultraman saya janji akan lawan kanser saya."

Begitulah permintaan adik Hafiq Qayyum, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menderita penyakit kanser darah. Permintaan itu menjadi viral lantas  mendapat perhatian Ajak Shiro.


Biarpun sibuk dengan aktiviti hariannya dan kerjayanya, Ajak Shiro telah meluangkan masa untuk pergi menunaikan permintaan adik Hafiz itu. Beliau bersama beberapa rakannya telah hadir ke kediaman adik Hafiq, di Teluk Gong, Klang lengkap berpakaian kostum Ultraman.



Kehadiran Ajak Shiro dan rakan-rakannya membawa keceriaan dan kegembiraan buat Adik Hafiq dan rakan-rakannya. Tahniah Ajak Shiro and the geng kerana melaksanakan impian adik Hafiq Qayyum.

Terdahulu Alan Mark, seorang pemakai kostum tempatan telah tampil memberi kejutan kepada adik Hafiq, sebaik saja message ibunya dikongsi dan menjadi viral di facebook. Terima kasih saudara Alan kerana sudi meluangkan masa memberikan kegembiraan kepada adik Hafiq.


Semoga adik Hafiq Qayyum cepat sembuh dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Photo credit : Facebook dan Google images
Dikuasakan oleh Blogger.