Kisah Benar yang Menyentuh hati : Seekor Kucing Jalanan Merubah Hidup Seorang Lelaki Gelandangan.

Kisah ini adalah kisah benar bagaimana seorang gelandangan atau homeless bertemu seekor kucing stray. Mereka bertemu dan berkongsi harapan di jalanan.


James Bowen hanyalah seorang pemuzik jalanan di kota London. Dia adalah seorang gelandangan. Dia mencari makan hanya dengan bermain gitar akustik dan mengharapkan simpati dari orang ramai. Pada suatu hari James bertemu seekor kucing yang cedera di stesen subway. James tidak sampai hati membiarkan kucing itu lantas membawanya ke vet dan merawatnya sehingga kucing itu sembuh.

Sejak dari itu kucing itu tidak pernah meninggalkan James. Dia mengikut ke mana saja James pergi, bahkan naik bas dan subway bersama. James lantas menamakan kucing itu Bob. 


Semenjak kehadiran Bob ke sesi buskingnya pendapatan James bertambah berlipat kali ganda. Maklumlah Bob kucing yang sangat kool dan sporting. Aksinya mencuri perhatian ramai.


Pada suatu hari, James mengambil keputusan menulis dan menerbitkan sebuah buku tentang kehidupan dia bersama kucingnya. Dan buku itu akhirnya laris. Rata-rata pembaca mengatakan bahawa Bob adalah seekor kucing yang luar biasa  dan istimewa. Buku itu menjadi terlajak laris sehingga seorang produser filem Hollywood terkenal berminat untuk memfilemkan kisah hidup mereka berdua.

Dan yang lebih cutenya lagi, Bob turut sama dalam urusan menjual dan mempromosi bukunya yang bertajuk "A Street Cat Name Bob" itu.



"meow, meow mari mari beli buku, murah, murah" ~ Bob 

Dikuasakan oleh Blogger.