Kisahku Si Andartu, Andalusia Atau Kertu?..
"Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah"... ucap hati ku sambil menahan geram.
"Takpe ..takpe..biarkan".. aku terus buat tak tahu.
Kesian ibuku, dalam penat menyiapkan gulai kenduri tahlil malam tu terkena juga kata sindirin yang pada mereka cuma gurauan. Ibuku memandang sekilas padaku.Wajahnya nampak tenang tapi penuh makna. Aku???? Aku hanya mampu tersenyum..kenapa?? Kerana aku tahu aku lebih muda dari mereka yang semuanya senang kata geng makcik-makcik..
"Dalam setandan pisang takkan takde yang busuk kan.. biasalah tu.. sabar je lah.."
..Aikk!!.. dalam nasihat sempat jugak menyindir.Boleh tahannn!. Aku larikan diri. Bukan sebab aku malu, cuma aku nak elakkan dari terkeluar kata-kata yang tak elok dari mulutku. Manalah tahu kot-kot masa tu tahap konfiden aku terlebih tinggi, so dengan selambernya aku tertarbiah makcik-makcik tersebut..percuma aje aku dikata kurang ajar..hmm.sabarje lah wahai hati..
..Aikk!!.. dalam nasihat sempat jugak menyindir.Boleh tahannn!. Aku larikan diri. Bukan sebab aku malu, cuma aku nak elakkan dari terkeluar kata-kata yang tak elok dari mulutku. Manalah tahu kot-kot masa tu tahap konfiden aku terlebih tinggi, so dengan selambernya aku tertarbiah makcik-makcik tersebut..percuma aje aku dikata kurang ajar..hmm.sabarje lah wahai hati..
Begitulah kisah aku. Berumur 39 tahun dan masih bujang atau layak digelar anak dara tua, andalusia atau kertu (panggilan gurauan kawan sepejabatku). Aku berpendidikan, punya ijazah dan gaji yang tak besar tapi selesa. Punya keluarga yang sederhana tapi bahagia. Ibuku surirumah sepenuh masa yang rutin harianya menjaga ayahku yang sakit.
Pernah tiga kali menjalin hubungan cinta namun kecundang di tengah jalan. Ku anggap tiada jodoh, aku pasrah.Boss ku pernah berkata...
"Saya dulu bercinta 3,4 orang jugaklah, tapi semua tak jadi.. saya ambil masa fikir dan fikir.. saya check diri saya.. mungkin ada something yang tak kena dalam diri saya.. apa yang saya cari dalam perhubungan.. saya start selalu berdoa pada Allah ditemukan jodoh bukan untuk main-main dan apabila betul-betul jumpa yang sesuai saya ambil jadi isteri"... kena belajar bergaul, penampilan.. bagi peluang orang kenal kita..manalah tahu, jodoh kita..tu semua boleh membantu"..kata boss ku lagi.
Aku ambil nasihat itu dari sudut yang positif, takkan nak sentap pulak lagipun aku bukan budak-budak lagi.Tapi aku masih tak memikirkannya.
"Akak ni memilih sangat kot.. nak yang macam manalah agaknya.. dah tu asyik keje.. keje... keje....pegilah bersosial sikit.. tengok dunia luar.. akak bukan tak cantik.. ok apa".. bebel Ina, kawan sepejabatku.
"Nak tak saya kenalkan pada abang sepupu saya?"..
Ohhhhhh memang taklah jawabnya.. soalan tu paling aku takut.. ehh bukan takut.. paling malas aku nak layan.. aku rasa aku dah terkena sindrom malas nak bercinta lagi. .iskk letih la nak dating-dating, nak bergayut-gayut kat phone lagi..whatsapp..mintak gambar..kenal hati budi..ohhh malaslahhhh!!..
"Akak..dengar ni saya nak cakap!!.. akak ni sebenarnya sengaja taknak buka pintu hati akak untuk lelaki.. sebab tu akak tak penah nak ambik kisah bila ada orang nak kenal atau rekomen untuk akak.. memang akak yang create sendiri semua tu..datanglah 100 orang lelaki nak meminang akak, kalau akak tak bukak hati akak, selama tu lah akak jadi andartu!!!.
...Opppsss! sorry kak, saya ikhlas bagi pendapat bukan nak down kan akak ye".. panjang lebar Ina memberi komen.
...Opppsss! sorry kak, saya ikhlas bagi pendapat bukan nak down kan akak ye".. panjang lebar Ina memberi komen.
Dalam diam, hatiku sedikit tersentak. Termenung panjang aku bila mengingatkan kata-kata Ina.. Aku tak bukak pintu hati??.. ke?.. aku yang create sendiri dinding batu yang keras dalam hati aku?.. Aku tak ambik kisah kehidupan sosialku?.. macam katak bawah tempurung. Dua tiga hari ni, kata-kata Ina selalu bermain difikiranku..tajam sungguh kata-kata Ina. Pening aku memikirkannya.. kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ni... ahhh.. aku malas sebenarnya hingga hari-hari aku berlalu macam tu jer... aku berfikir dan fikir.... aah.. betullah kata Ina, hidupku hanya kerja.. kerja.. kerja..patutlah nak bersosial pun aku jadi rendah diri, tak tahu nak bergaul..berpakaian asal boleh, mekap jauh sekali, aku lebih suka layan kepala sendiri. Aku tepuk dahi sendiri. Sedikit sebanyak aku tahu punca mengapa aku jadi begini.
Terima kasih Ina sedarkan akak.. cepat-cepat aku whatsapp Ina dan ucap terima kasih.. sekurang-kurangnya aku sedar ada something yang tak kena pada aku bak kata bossku, Mr Rahim. Esok aku akan mulakan hidup baru, keluarkan aura positif dalam diri aku. Aku sedar aku tak boleh hidup seorang diri dalam dunia ni. Doakan aku ye..
Kiriman Email dari Zarina, Perlis
Kiriman Email dari Zarina, Perlis
Leave a Comment